16 February 2025

PENYANYI LELAKI DIDAKWA MENCUR1 KETIKA DIUNDANG BUAT 'SHOW' DI MAJLIS KAHWIN



"Beraninya nak cuba mencuri di majlis perkahwinan yang kau sendiri dijemput untuk menyanyi? Lagi pula kau itu dikenali ramai. Berani betul."

Demikian kata seorang wanita dikenali sebagai Nureen Iman yang mendakwa seorang penyanyi lelaki telah mencur1 sebuah kamera ketika hadir sebagai penyanyi undangan di sebuah majlis perkahwinan pada Sabtu.

Dakwa Nureen lagi, penyanyi berusia 25 tahun ini menyembunyikan kamera tersebut di dalam poket seluar sebagai percubaan mencur1 ketika majlis sedang berlangsung.

Tambahnya, perbuatan tersebut turut dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada lokasi majlis berlangsung.

Nureen mendedahkan perkara itu menerusi media sosial miliknya dimana dia turut memuat naik video serta foto dia bersemuka dengan penyanyi terbabit.

Perkongsian hantaran mengenai penyanyi terbabit yang pernah menyertai sebuah rancangan realiti itu menjadi bualan ramai sehingga ia k£coh diperkatakan.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Nureen mendakwa, ketika mencari kamera tersebut, dia turut ada bertanya kepada penyanyi berkenaan, namun lelaki itu berpura-pura tidak tahu mengenainya.

Namun selepas perbuatannya terbongkar, penyanyi itu cuba memberi alasan mengambil kamera itu untuk digunakan sebagai 'pr0p' ketika bergambar selain berdolak-dalik mengenainya.

"Semasa saya mencari kamera itu saya bertanya pada semua orang termasuklah dia tapi dia jawab 'oh saya ada nampak tadi dekat atas meja, hilang ke?' dan bukannya mengatakan kamera itu digunakan sebagai prop.

"Mula-mula dalam poket, lepas itu dalam beg pula, eh tahu-tahu dalam poket balik lepas dah balik. Nak reka cerita pun bagilah masuk akal sikit. Mem@lukan!" ujarnya.

Penyanyi lelaki itu bagaimanapun menafikan perkara tersebut ketika wanita berkenaan bersemuka dengannya, sebaliknya menjelaskan dia hanya menggunakan kamera berkenaan sebagai prop untuk bergambar.
"Saya ternampak kamera itu dan nak ambil gambar dengan rakan-rakan, jadi sekadar untuk pose saja," luahnya.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada Noreen membuat laporan polis terhadap penyanyi terbabit atau pun tidak.

Sementara itu, pengurus kepada penyanyi berkenaan ketika dihubungi media, memaklumkan pihaknya sudah menghubungi Nureen untuk menyelesaikan perkara itu namun masih belum mendapat jawapan.

"Buat masa sekarang kami masih belum bersedia untuk berkongsi sebarang kenyataan. Kami juga sudah menghubungi pihak berkenaan namun masih belum ada balasan.

"Kami juga nak tahu keseluruhan cerita. Jadi untuk berlaku adil bagi kedua-dua pihak, pihak kami perlu menunggu bukti dari pihak sana," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: