24 February 2025

PUTERI SARAH NAFI KERETA BARU DIBELINYA PEMBERIAN HADIAH DARI SYAMSUL YUSOF



Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah telah memuat naik perkongsian dimana dia dilihat berada di sebuah pusat pemeran kereta untuk membawa pulang kereta barunya.
Melihat pada video yang dikongsikan, Puteri Sarah bersama seorang perunding jualan, namun jenis dan jenama kereta itu masih dirahsiakan, selain turut meluahkan rasa syukur diatas rezeki buat dirinya.

Perkongsian Puteri Sarah itu bagaimanapun menjadi perhatian ramai apabila ada yang mendakwa kereta itu adalah hadiah daripada bekas suaminya, Syamsul Yusof.

Bagaimanapun, Puteri Sarah menafikan dakwaan berkenaan serta mempersoalkan mengapa bekas suaminya mahu berikan hadiah kepadanya.

Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014, namun bercerai pada 14 Jun 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: