"Kami tampil menerusi segmen interlud selama 8 minit 25 saat. Selain satu stadium ikut menyanyi, kami juga dapat 'standing ovation' penonton.
"Ia sesuatu yang sangat-sangat kami hargai kerana sebelum ini kami tidak diberi peluang untuk buat persembahan di khalayak yang sebegini ramai dalam anugerah berprestij.
"Alhamdulillah... segmen kami dapat perhatian dan saya juga dapat komen peminat yang kata hanya lagu Ukays dan Visa yang mereka faham."
Itulah ujar penyanyi Amir Ukays, 56, dimana dia menganggap kemunculannya bersama kumpulan terbabit serta Sham Visa pada Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, kelmarin, sebagai sesuatu yang mengujakan.
Kata Amir, sebelum ini mereka pernah menerima tawaran beraksi dari TV3, namun sebagai jemputan untuk program Muzik-Muzik.
Bagaimanapun kini, Amir gembira apabila dapat beraksi di pentas berprestij itu dan lebih mengujakan apabila satu stadium menyanyi bersama mereka, sekali gus membuktikan mereka tetap dihargai.
Klik untuk gambar besar
"Sistem bunyi untuk AJL39 memang sedap dan best. Memang terasa gahnya. Boleh dikatakan ia memang gempak.
"Dengan peluang yang diberikan, ia satu penghargaan buat Ukays dan Sham. Segmen kami sangat tepat iaitu diberikan peluang menyanyikan lagu-lagu nostalgia," tuturnya.
Dalam persembahan itu, Amir yang diiringi oleh Mus Satira (gitar), Daniel (gitar), Olley (bass) dan Joy Oren (dram) menyampaikan lagu 'Pahit Akan Manis Akhirnya' dan 'Di Sana Menanti Di Sini' Menunggu manakala Sham menyampaikan lagu 'Untukmu Selamanya' dan 'Dalam Gerimis'.
Mereka turut dibantu oleh Pengarah Persembahan AJL, Genervie Kam dan diiringi persembahan penyanyi latar diketuai Jad Lobo dan kumpulannya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment