"Kenapa memilih untuk membuat kejutan? Bagi saya, segala persiapan menuju hari pernikahan dilakukan berdasarkan keperluan saja. Setiap keputusan dibuat atas persetujuan keluarga.
"Saya menghormati keputusan keluarga Mimi, begitu juga sebaliknya. Perkara ini turut dibincangkan bersama pengurus dan kami sepakat untuk mengumumkan pernikahan pada hari berlangsungnya majlis. Itu adalah keputusan yang terbaik."
Itulah jelas pelakon Syafiq Kyle, 32, dimana katanya, kejutan hari pernikahannya dengan pelakon Mimi Lana yang berlangsung pada 14 Februari lalu di Taiping, Perak, dibuat atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak serta keputusan berkongsi hari bahagia kepada peminat pada tarikh berkenaan adalah keputusan yang wajar.
Klik untuk gambar besar
"Alhamdulillah, doa anda semua yang sentiasa mengiringi saya dan Mimi akhirnya membawa kami ke jenjang pelamin. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kami.
"Namun, buat masa ini, kami berdua sibuk dengan komitmen masing-masing sehingga belum sempat bercuti. Sebelum ini, kami hanya menghabiskan masa di Taiping dan apabila merancang untuk bercuti, bulan Ramadan pula tiba. Insya-Allah, selepas Aidilfitri, kami akan meluangkan masa untuk bercuti.
"Jika boleh saya rumuskan, inilah perjalanan hidup saya sekarang. Orang mungkin membuat andaian dan mencipta pelbagai cerita, tetapi Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik.
"Malah, komen serta pandangan yang saya terima ketika majlis di Taiping, semuanya p0sitif, syukur," tutur Syafiq yang turut meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang menikmati bulan Ramadan bersama isteri seperti yang dihajati di media sosial miliknya.
"Tahun lalu, saya berpuasa seorang diri dan menyambut Aidilfitri di Makkah dengan menunaikan umrah. Mungkin itu adalah doa saya yang mengharapkan Ramadan seterusnya lebih bermakna. Alhamdulillah, itu juga doa daripada emak saya. Perkara baik seperti ini wajar kita raikan.
"Ramadan kali ini, saya tidak terikat dengan sebarang penggambaran, jadi saya boleh lebih fokus pada perniagaan. Mimi juga baru melancarkan pr0duk barunya, jadi dalam tiga hingga enam bulan pertama ini, kami memberi tumpuan kepada perniagaan masing-masing.
"Insya-Allah, selepas Aidilfitri, kami juga akan bekerjasama dalam satu projek bersama," katanya yang juga bercadang untuk mengadakan sebuah majlis resepsi bagi memudahkan sebarang perbincangan.
Sebelum ini, Syafiq dan Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin, pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun, namun impian menjadi suami isteri tergendala apabila mereka membatalkan majlis pernikahan pada 18 Ogos 2023.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment