28 February 2025

TERKIL4N TIADA TAWARAN - FATHIA LATIFF NAFI DAKWAAN KONONNYA DIA SUDAH BERHENTI BERLAKON



"Buat masa ini saya sedikit terkil@n pihak pr0duksi tidak berikan saya tawaran berlakon. Jadi saya bersyukur Erma Fatima beri peluang untuk saya kembali ke dalam industri. Apa pun saya percaya rezeki di tangan Tuhan, cuma cepat tau lambat saja."

Itulah kata pelakon Fathia Latiff dimana dia mengakui terkil@n apabila tidak menerima sebarang tawaran berlakon daripada mana-mana pihak pr0duksi.

Bagaimanapun, Fathia meluahkan rasa syukur apabila pengarah Erma Fatima menawarkan peluang kepadanya untuk membintangi drama bersiri, Bidaah.

Klik untuk gambar besar

Fathia dalam masa sama turut menafikan dakwaan kononnya dia sudah berhenti berlakon serta mengatakan mungkin ramai sangkakan dia sudah tiada dalam industri.

"Saya tak pernah berhenti berlakon, cuma setakat ini hanya Erma sahaja tawarkan saya kerja. Mungkin ramai ingat saya dah tiada dalam industri, jadi kalau siapa nak beri saya kerja berlakon boleh hubungi saya," ujarnya.
Selain itu, Fathia memberitahu, dia kini hanya berkongsi mengenai kerjaya seninya sahaja di media sosial demi menjaga kesihatan ment@l.

"Saya lebih suka simpan sendiri dan ia bagus untuk jaga kestabilan ment@l saya. Jadi saya hanya akan muat naik perkara tentang kerja saja," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: