Apa saja perkongsian mengenai pelakon dan penyanyi, Fattah Amin, pasti akan menjadi perhatian dan bualan ramai di media sosial, lebih-lebih sejak bergelar duda 'terhangat'.
Bara-baru ini, menerusi perkongsian AJboss di media sosial, individu itu telah merakam secara 'senyap' memaparkan Fattah sedang menunaikan solat di studio sebelum merakam lagu 'Lelaki Terakhir'.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Fattah tetap mengutamakan solat meskipun sedang sibuk bekerja.
Tidak kurang juga, ada yang memuji didikan ibu bapa Fattah serta ada mengatakan jika menjaga solat, Allah akan sentiasa bersama.
Klik untuk gambar besar
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment