"Sekarang saya sudah s£rik kerana bukan semua orang suka tengok kita bahagia. Selain itu sebolehnya saya cuba elakkan mata ain atau buatkan orang lain berkata buruk.
"Berikutan itu, apabila saya kembali bercinta sekarang, saya selesa untuk lebih 'low-profile'. Biarlah detik bahagia ini hanya kami yang melaluinya."
Itulah ujar pelakon sens@si, Zarina Anjoulie atau lebih mesra dipanggil Anju, dimana dia lebih selesa menyimpan kemas mengenai identiti kekasih baharunya untuk mengelak peny@kit ain.
Jelasnya lagi, dia sudah s£rik serta memilih melakukan pendekatan sedemikian berdasarkan pengalaman lalu.
Dalam pada itu, kongsi Zarina, kekasihnya itu merupakan bekas kekasihnya yang telah dikenali sejak 12 tahun lalu dan jejaka itu merupakan seorang juruterbang.
Klik untuk gambar besar
"Sebenarnya kami sudah kenal lama dan pernah bercinta. Ketika itu saya yang banyak membantu dirinya ketika mula bertapak dalam dunia pekerjaan. Tetapi hubungan kami berakhir.
"Namun kami masih berhubung. Saya pun tak sangka hubungan kami terjalin semula. Kini dia pula yang mahu membalas jasa selepas dahulu saya banyak membantunya.
"Bagi saya itulah lelaki sejati. Bukan yang mahu kita sus@h bersama-sama tetapi bila senang dia ghaib. Apabila tiba saatnya nanti mungkin saya kenalkan, cuma bukan sekarang," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment