16 February 2025

ZAZZLEEN TERKILAN REZEKI DI MEDIA SOSIAL DIS£KAT, NAFI 'S0GOK' YUSRY : BUAT APA SAYA BAYAR DIA MENJURI SAYA? BAIK SAYA BAYAR BELIAU BUATKAN SATU LAGU"



"Kalau b£nci sangat pada saya, 'bl0ck' (sekat) saja sebab saya mencari pendapatan. Sejujurnya, saya buat siaran langsung di media sosial, saya menyanyi, orang bagi 'gift', duitlah itu kadang-kadang saya pakai.



"Duit itulah untuk isi p£trol, bayar tol dan lain-lain. Saya nak kembangkan bakat saya dan sekarang platform media sosial diperlukan. Kalau tak suka saya sekalipun, tak payahlah kacau. Takkan nak buat akaun lain lagi.

"CSOIAM pun sudah tamat jadi tolonglah 'move on'. Jaga sajalah artis kesayangan anda. Insya-Allah peminat saya akan jaga saya. Jangan d£ngki-d£ngki. Jangan nak lapor-lapor perkara yang saya tak buat."

Itulah ujar penyanyi Zazzleen Zulkifli yang terkilan apabila segelintir netizen memb£ncinya sehingga ke tahap 'membunvh' pendapatannya dengan membuat laporan terhadap akaun media sosial miliknya ketika dia melakukan siaran langsung.

Kata Zazzleen, laporan terhadap pihak media sosial itu membuatkan dia kerap kali menerima am@ran dan bimbang akaunnya akan dis£kat, selain reda apabila dirinya tidak disukai sejak layak ke Top 20 hinggalah menjadi peserta akhir Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), namun tidak sangka dib£nci sampai periuk nasinya dig@nggu.

Tambahnya lagi, dia juga terpaksa membuka akaun kedua media sosial selepas akaun terdahulunya yang memiliki lebih 30,000 pengikut sudah mendapat am@ran dan berpotensi dis£kat selama-lamanya.

"Akaun baharu itu pun merisaukan saya sebenarnya kerana sudah banyak kali kena lapor. Sudah mendapat amaran media sosial pun tapi saya tanganinya segera.

"Saya sudah buat media sosial sebelum CSOIAM. Tak ada pun orang lapor atau apa-apa mas@lah. Saya tak faham sekarang, sejak masuk Top 20 tempoh hari, ramai betul tak suka," katanya.

Dalam pada itu, Zazzleen turut menangkis dakwaan netizen yang mengatakan dia menggunakan 'kabel' termasuk 'meny0gok' juri sehingga dapat bertahan lama dalam CSOIAM.

"Kalau saya pakai kabel, takkanlah saya gagahkan diri lapan minggu. Ada yang cakap saya bayar ketua juri. Saya tak tahu mana orang dapat idea itu. Kalau betul saya bayar Datuk Yusry, buat apa saya bayar dia menjuri saya? Baik saya bayar beliau buatkan satu lagu. Percaya pada takdir Allah, rezeki," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zazzleen bersama tiga finalis lain iaitu Marygrace, Kai Deva, dan Jimi hadir pada acara Listening Party - Meet & Greet Top 4 CSIOAM bagi menghiburkan hadirin dengan beberapa persembahan sebelum beramah mesra dengan peminat masing-masing.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: