Semua sedia maklum mengenai desas desus mendakwa ibu kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim sudah berkahwin baru apabila kelihatan seorang lelaki di belakangnya ketika sesi live, baru-baru.
Apa yang turut menjadi bualan hangat, komen pelakon Rebecca Nur Al Islam yang menyapa Rozita atau mesra disapa Bonda Rozita dengan panggilan 'kakak iparku' pada sesi siaran langsung berkenaan.
Enggan ia terus hangat diperkatakan, anak Bonda Rozita iaitu Nur Ain Sufiah tampil mengesahkan desas desus tersebut menerusi sesi siaran langsung di media sosial.
Jelas Ain, pernikahan ibunya itu berlangsung mengikut hukum syarak, selain turut meminta netizen supaya tidak mengec@m secara berlebihan.
Menurutnya lagi, mereka sekeluarga menerima baik perkahwinan ibunya itu serta meminta orang luar tidak perlu bimbang.
"Aj@l, m@ut dan jodoh di tangan Tuhan. Mereka sudah bernikah secara halal dan perkara itu perlu diraikan. Mohon netizen jangan kecam berlebihan. Rezeki mak saya kahwin baru.
"Kami anak-beranak semua dalam keadaan baik, mommy dan daddy juga okay. Kalian tak perlu risau. Kami sekeluarga okay dengan situasi kami sekarang," tuturnya.
Disamping itu, Ain mengulas mengapa ibunya memilih untuk mengunci mulut dan tidak memberi sebarang penjelasan berkenaan perkara berkenaan.
"Ada segelintir yang tanya mengenai bonda tak mahu beri penjelasan, sebab kalau beri akan dikec@m, kalau tak beri penjelasan pun kena kec@m. Namun, saya buat penjelasan kerana tidak mahu ada fitnah yang berlaku di luar sana," katanya.
Dalam pada itu, Ain turut meminta orang ramai tidak bertanya mengenai punca perceraian ibunya dengan bekas suami serta menghormati privasi keluarga mereka.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment