"Quran jangan lupa. Tak kan setiap masa saya dan Maam (Ozlynn) nak ingatkan. Bila saya panggil semua jemaah harus tinggalkan semua kerja yang kamu tengah buat.
"Solat dulu, saya tak mahu di akhirat nanti helper cakap sibuk kerja sampai tak sempat solat dan mengaji. Kalau tak sempat mengaji, tolong cari ruang.
"Kalau mengaji tak faham, tanya Maam. Kalau Maam tak tahu, baru Maam akan tanya saya. Saya tak mahu dituntut esok. Kena solat dan mengaji."
Itulah tulis pelawak Johan menerusi hantaran di media sosial dimana ia menjadi perhatian ramai apabila menegur pembantu rumahnya supaya tidak melupakan ibadah solat dan mengaji meskipun sedang bekerja.
Klik untuk gambar besar
Kata Johan, dia menegur pembantu it kerana dia tidak mahu disoal di akhirat kelak.
Dalam pada itu, isteri kepada Johan iaitu Ozlynn turut memuji suaminya itu sebagai majikan yang baik.
"Macam itu lah nasihat Johan pada pembantu. Bos yang paling sus@h nak mar@h. Itu lah momen dengan pembantu rumah, aku boleh cakap dia bos yang baik," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment