"Saya menerima pelawaan mereka kerana niat ingin membantu, tambahan pula saya memang menyokong aktiviti amal kebajikan sejak sekian lama. Namun, niat baik itu dipermainkan apabila pihak terbabit melangg@r perjanjian dengan hanya membayar kira-kira RM3,000 secara berperingkat.
"Sejak menyedari dit1pu pada Jun tahun lalu, saya kerap menuntut bayaran tetapi pelbagai alasan diberikan sehingga jumlah kerug1an mencecah RM630,000. Kerug1an itu merangkumi kos mesin khas pembuatan muruku, percetakan, pembungkusan logi syarikat itu dan pembayaran gaji pekerja."
Demikian kata penyanyi Noraniza Idris, 57, dimana dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, dengan mendakwa perniagaan muruku miliknya diani@ya sebuah akademi latihan keusahawanan sehingga mengalami kerug1an hampir RM630,000.
Jelas Noraniza, dia menyedari dit1pu selepas akademi berkenaan gag@l membuat sebarang pembayaran selepas mengambil pr0duk selama lebih sebulan yang dianggarkan sekitar 20,000 pek.
Akib@t pengani@yaan itu, Noraniza berkata, dia terpaksa memberhentikan lebih 10 pekerja kerana tidak mampu membayar gaji mereka.
"Bagi memenuhi permintaan syarikat itu, saya menambah jumlah pekerja. Namun selepas kejadian ini, daripada 20 pekerja, kini hanya tinggal empat orang saja. Saya tidak boleh tutup kerana ia perniagaan keluarga.
"Mahu atau tidak, saya perlu meneruskannya kerana kami masih menerima permintaan secara dalam talian," tuturnya yang turut k£sal kerana kejadian itu turut mengg@nggu em0si anak-anaknya dan keluarga apabila mengenangkan usaha membangunkan syarikat ini dilakukan sejak setahun lalu.
"Apabila keadaan ini berlaku, saya kasihan tengok keadaan anak-anak kerana mereka sanggup tak tidur dan berjaga malam untuk pastikan kilang ini terus beroperasi.
"Saya n£kad buat laporan polis ini sekurang-kurangnya kami dapat hak kami semula serta membantu orang lain supaya jangan terpedaya dengan orang begini.
"Saya harap mereka yang terbabit ini melihat artikel ini supaya tampil ke depan memberi kenyataan kenapa melakukan pengani@yaan begini agar syarikat lain pun boleh lebih berhati-hati," ujarnya.
Sebelum ini, Noraniza mendakwa dirinya dian@iya sebuah akademi latihan keusahawanan sehingga mengalami kerug1an sebanyak RM630,000 awal tahun ini.
Difahamkan, akademi terbabit menawarkan peluang di platform mereka untuk penjualan pr0duk makanan iaitu muruku yang diusahakan Noraniza.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment