04 March 2025

"KALAU ADA JODOH, INSYA-ALLAH... DOA-DOAKANLAH" - A AIDA AKUI KINI SEDANG KENALI HATI BUDI SEORANG INSAN ISTIMEWA



"Buat masa sekarang ini, kami tengah mengenali hati budi. Tengok macam manalah kalau ada jodoh, Insya-Allah. Doa-doakanlah.

"Anak saya semua suka dia dan semua sayang dia sebab dia matang. Anak saya yang nombor dua itu selalu cakap, 'mama terimalah seadanya (kekasih)', reda."

Itulah kata penerbit drama, Datuk A Aida, 55, dimana dia kini dalam fasa bahagia dan mengakui dirinya sekarang dalam pr0ses mengenali hati budi seorang insan istimewa dalam kalangan kenamaan atau VIP.

Dalam pada itu, A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang memberitahu, anak-anaknya juga menerima baik hubungan cintanya dengan 'si dia' yang disifatkan seorang sangat matang, romantik dan bapa penyayang

Terdahulu, A Aida bersama lelaki terbabit dan seorang anaknya dilihat keluar makan bersama di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, baru-baru ini.

Tidak menafikannya, A Aida yang merupakan seorang ibu tunggal tiga anak ini turut berkongsi, 'si dia' setahun lebih tua daripadanya iaitu berusia 56 tahun dan dia bersyukur mereka dipertemukan.

"Pada usia saya sekarang ini (55 tahun), saya memang berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan lelaki yang tidak jauh usianya dengan saya.

"Saya juga sejak dari dulu berpegang pada prinsip tidak akan ambil suami orang. Tak mahulah sebab kita tak nak meluk@kan hati wanita lain dan dia adalah duda.

Klik untuk gambar besar

"Bila duda itu, bolehlah kerana kami masing-masing 'single'. Dia juga ada dua orang anak. Jadi, sekarang ini kita memang tengah kenali hati budi masing-masinglah," ujarnya.

Disamping itu, A Aida juga berkongsi bila dia dan 'si dia' pertama kali berkenalan iaitu bermula antara Mei atau Julai tahun lalu dan semakin rapat pada Disember 2024.

"Dia ini suka catat tarikh kami keluar bersama setiap kali berjumpa. Dia memang seorang yang 'alert' dan romantik. Kalau lima hari tak jumpa, dia akan cakap lama kita tak berjumpa.

"Apapun, soal jodoh kami seterusnya ke fasa perkahwinan, semua atas ketentuan Allah. Kita sebagai manusia biasa, saya sedar hanya mampu merancang.

"Saya tertarik sebab dia 'sweet' orangnya. Lagi pun, dari tujuh tahun lalu saya selalu berdoa kepada Allah, seandainya dipertemukan jodoh, biarlah jodoh yang terakhir ini sebaya dan saya nak tua dengannya sama-sama," tuturnya.

Untuk makluman, pada 25 April 2019, A Aida bercerai talak satu selepas 10 bulan berkahwin kali keempat dengan pelakon, Ariff Aziz.

A Aida juga sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kumpulan Spring, Ameng pada 1994, tetapi bercerai pada 2003 dan mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 27, dan Wan Azevanatassha, 22.

Wanita cekal ini seterusnya mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis pada 2007 dan bercerai pada 2013. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 15.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: