"Saya sudah 11 tahun bersama si dia (kekasih). Setakat ini saya tak cur@ng, memang dengan dia sahaja. Doakan yang terbaik, saya memang nak kahwin, siapa tak nak. Semua bekas kekasih saya pun sudah berkahwin. Balik raya pun semua orang dah ada anak. Cumanya, jodoh saya belum sampai.
"Kalau fikir sangat boleh jadi murvng," ujar pelakon dan penyanyi, Zarina Zainoordin dimana dia tidak mahu terlalu memikirkan mengenai soal kahwin, meskipun sudah lebih 10 tahun menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan berusia 53 tahun.
Ini kerana kata Zarina, dia bimb@ng jika dia telalu memikirkan perkara itu akan memberikan tek@nan, sekaligus menyebabkan mas@lah kemurvngan.
Menurut pelakon berusia 41 tahun itu lagi, dia sememangnya mempunyai impian untuk bergelar isteri serta memohon doa yang baik-baik dari semua orang.
Dalam pada itu, Zarina turut berkongsi, dia pernah berdepan dengan situasi dimana keluarga tidak berhenti bertanyakan soalan tentang perkahwinan sehinggakan ada suatu masa dia terus lari ke kereta.
"Nasib baik mak saya tidak paksa. Ada satu masa, ketika saya tengah makan keluarga tanya bila nak kahwin terus berubah air muka saya. Nak makan jadi tak boleh telan, terus lari masuk kereta.
"Selepas kejadian, mereka tidak tanya lagi dan semakin faham, Alhamdulillah," katanya yang turut memberitahu, dia dan kekasihnya sudah berbincang mengenai masa depan bersama dan menunggu masa tepat untuk berkahwin.
"Bukan tidak mahu kahwin, saya ada tunggu juga. Kami pun ada berbincang, doakan yang baik-baik. Apa yang penting, saya tidak mahu sus@hkan mak, biar ada duit sendiri. Saya tidak mahu tak bekerja dan pergi sus@hkan mak," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment