14 March 2025

ALIFF SYUKRI DIARAH BELA DIRI ISU VIDEO RAYA KONTR0VERSI



Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintah usahawan kosm£tik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 38, untuk membela diri atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumb@ng dengan niat meny@kiti hati orang lain, tiga tahun lalu.
Hakim Ahmad Fuad Othman membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan k£s prima facie di akhir k£s pendakwaan.

Kata Ahmad Fuad dalam penghakimannya, video yang tidak sopan itu dimuatnaik ketika bulan Ramadan, yang mana bulan umat Islam berpuasa dan harus dihormati.

"Makan di khalayak ramai di bulan puasa juga tidak sopan, apatah lagi memuatnaik hantaran video di bulan puasa dengan menari liuk lentuk dan berpakaian wanita, ia tetap tidak sopan," katanya.

Sementara itu, dengan keputusan tersebut, Aliff Syukri bersedia untuk membela diri pada tarikh ditetapkan pada 19 Mei ini.

Pada 13 Oktober 2022, Aliff Syukri mengaku tidak bersal@h atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumb@ng melalui media sosial miliknya dengan niat menyakiti hati orang lain.

Kesal@han itu didakwa dilakukan pada 13, 15, 17 dan 21 April 2022 dan dilihat di pejabat Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Cyberjaya, dekat sini, pada 24 April 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukvm di bawah Seksyen 233 (3) akta sama.

Ia membawa hukvman d£nda tidak melebihi RM50,000 atau penj@ra maksimum setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesal@han itu diteruskan selepas pensabitan.

Sebelum ini, klip video muzik lagu raya nyanyian Aliff Syukri berdurasi lima minit 23 saat itu dianggap warganet menc£mari sambutan Aidilfitri dengan gaya keterlaluan oleh penari lelaki lembut berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: