14 March 2025

WAJAH & NAMA ANAK - NABILA RAZALI BELUM SEDIA KONGSI, BIMBANG PENY4KIT AIN



"Insya-Allah kalau saya dah bersedia akan kongsi di media sosial. Saya dan suami ada pemahaman yang sama dan bersetuju untuk tidak dedahkan wajah dan nama anak buat masa sekarang.
"Saya sedar ramai yang bertanya, nanti kalau saya dah tunjuk korang tataplah puas-puas ya," jelas penyanyi dan pelakon Nabila Razali dimana dia belum bersedia untuk mendedahkan wajah dan nama anak lelakinya kepada umum.

Kata Nabila, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dirinya dan suami, serta akan berkongsi mengenai anak sulungnya itu yang kini sudah mencecah dua bulan apabila tiba masanya nanti.

Ini kerana akui Nabila, dia bimbang dengan peny@kit ain melibatkan bayi dan mahu menjaga keselamatan anaknya itu.

"Ya risau juga dengan peny@kit ain dan sekarang pun macam-macam k£s berlaku melibatkan bayi. Jadi saya tak nak ambil ris1ko, tambahan pula bila menjadi figura awam ni saya risau mungkin akan diperhatikan," ujarnya.

Untuk makluman, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki pada 23 Disember tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: