14 March 2025

SWEET QISMINA DEDAH DIA & ADAM LEE PERNAH MENANGIS SELEPAS GENAP SEBULAN KAHWIN KERANA BELUM DIKURNIAKAN ZURIAT



"Ketika itu kami berdua memang betul-betul nak anak. Kami sama-sama menangis bila genap sebulan berkahwin saya masih belum hamil. Namun lama-kelamaan kami terima kenyataan bahawa rezeki Allah bagi dalam pelbagai cara. Mungkin sekarang belum masanya Allah beri kami zuriat tetapi Dia beri kami rezeki yang lain dulu."
Demikian ujar pelakon Sweet Qismina, 27, yang mendedahkan dia dan suaminya, pelakon Adam Lee, 30, pernah menangis pada bulan pertama perkahwinan kerana masih belum dikurniakan zuriat.

Kata Sweet, dia dan suaminya itu sememangnya mahukan cahaya mata, namun mereka percaya bahawa mungkin belum masanya lagi untuk diberikan rezeki zuriat.

Jelas Sweet yang mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 24 Oktober 2022 itu lagi, dia mengakui akan mula rasa tert£kan jika ada ramai yang bertanya mengenai soal zuriat kepadanya.

Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, bagaimanapun meluahkan rasa syukur keluarga mereka tidak pernah bertanya mengenai hal itu.

"Tetapi untungnya keluarga saya dan Adam tidak pernah bertanya tentang zuriat kepada kami berdua. Mereka sentiasa mendoakan yang terbaik. Mungkin itu antara sebab kami menjadi lebih kuat untuk menghadapi perkara ini.

"Sesiapa yang ada ahli keluarga atau rakan-rakan yang sedang mencuba mendapat zuriat, kalau boleh jaga kata-kata kita. Jangan sampai mengguris perasaan mereka. Kerana kita tidak tahu apa kesuk@ran yang mereka lalui untuk mendapatkan zuriat," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: