"Artis muda seperti mereka perlu bekerja lebih keras lagi dan saya berharap tidak sekadar datang kemudian hilang begitu sahaja.
"Walaupun tak berkesempatan menonton malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 baru-baru ini, saya sempat mengikuti perkembangan dalam media sosial. Saya kagum dengan pelapis muda yang berbakat."
Itulah kata penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim dimana dia menasihatkan kepada penyanyi muda agar lebih bekerja keras untuk pastikan nama terus kekal relevan serta tidak tenggelam dengan hanya satu dua lagu sahaja.
Ujar Khadijah, antara bakat besar yang dikaguminya adalah Aina Abdul, Ernie Zakri, Marsha Milan, Nadeera Zaini dan Hael Husaini.
Khadijah dalam masa sama turut menitipkan nasihat buat Aina Abdul yang baru-baru ini mengakui tert£kan apabila dikec@m netizen selepas berakhirnya AJL39.
Tambahnya lagi, Aina yang sering tampil dengan imej p£lik bukannya satu perkara yang perlu jadikan isu besar kerana itu adalah cara penyanyi itu untuk 'memasarkan' dirinya.
"Aina keluar sahaja boleh menyanyi, sedangkan Madonna tak boleh, tetapi apa dia buat? Dia pakai baju dalam aneh untuk menonjolkan diri. Aina kena kuat tahan kec@man.
"Dia kena faham bila masuk bidang seni tak boleh lari daripada dihentam kiri dan kanan. Jangan disebabkan itu, ment@l Aina jadi k0yak hingga tersadai disebabkan ment@l tak kuat," tuturnya.
Dalam pada itu, ulas Khadijah lagi, penerimaan masyarakat terhadap artis tempatan tidak sama seperti di luar negara, selain turut menyebut mengenai penyanyi Lady Gaga yang disangka tidak war@s di awal kemunculannya, sebelum namanya menjadi terkenal.
"Maaf cakap, masa Aina mula-mula keluar tapi tiada yang kenal, jadi dia harus cari cara untuk tonjolkan diri. Tapi, keputusan Aina tampil berbeza berhasil. Ini kerana orang mula ingin tahu siapakah Aina. Lady Gaga dulu pun disangka tidak war@s, tapi akhirnya diterima dan gah di seluruh dunia," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment