"Sudah lama Faz tak keluar sejak habis tempoh iddah, happy (gembira) sebab dapat jumpa kawan-kawan sokong bisnes mereka," ujar pelakon Fazura yang akhirnya dilihat muncul dalam satu acara pelancaran satu jenama baju raya selepas selesai tempoh iddah.
Tambah Fazura lagi, Ramadan tahun ini berbeza kerana anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya akan sentiasa bersamanya.
"Fatima ni mana-mana Faz pergi dia akan ikut, kerja ke sh00ting ke. Dia tak kisah sampai lewat malam pun dia ikut.
"Dia tak kisah selagi Faz ada dengan dia. Dia mar@h kalau tak bawa dia, kalau orang nak bergambar dengan Faz tak ajak dia pun dia mar@h," katanya.
Sebelum ini, Fazura berkongsi mengenai aktiviti sepanjang bulan Ramadan dimana ia dilakukan seperti biasa serta akan lebih fokus pada urusan ibadah dan teruja untuk menunaikan solat tarawih.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment