08 March 2025

BILA EMMA MAEMBONG DEDAH ZIZAN RAZAK KUAT MERAJUK : "MACAM DULU, SAYA YANG KENA PUJUK DIA, SEBAB ITU TIADA PEREMPUAN YANG MELEKAT..."



"Kepada Zizan Razak jangan kuat merajuk. Sebab kalau awak dan pasangan awak kuat merajuk siapa nak pujuk? Perempuan dah la suka merajuk, tapi kalau awak pun kuat merajuk, tiada siapa nak saling memujuk.
"Macam dulu, saya yang kena pujuk dia. Sebab itu tiada perempuan yang melekat, sebab dia buat tak tahu kalau perempuan merajuk."

Demikian kata pelakon Emma Maembong, 32, menerusi sepotong video di media sosial, dimana dia mendedahkan sifat pelawak dan pelakon Zizan Razak yang kuat merajuk ketika menjalin hubungan cinta ketika itu.

Klik untuk gambar besar
Kongsi Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, berkata, sewaktu mereka bercinta, Zizan sering merajuk dan tidak tahu cara memujuk.

Dalam perkongsian sama, Zizan mengakui perkara tersebut, malah turut memberitahu, sehingga kini masih tidak pandai memujuk pasangan : "Ya, saya masih," ujarnya.

Sebelum ini, satu Malaysia mengetahui mengenai hubungan cinta antara Emma dan Zizan, namun perkara itu menjadi sejarah dalam lipatan industri seni apabila masing-masing membuat haluan sendiri.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: