08 March 2025

"DAH BERAPA KALI DADDY DATANG TAPI TAK DAPAT JUMPA FATIMA, KESIAN FATIMA TAK SIHAT" - FATTAH AMIN JELAS PERKONGSIAN ITU HANYA LUAHAN HATI, NAFI AB4IKAN ANAK



Baru-baru ini, pelakon Fattah Amin, 34, telah memuat naik perkongsina dimana dia sudah berapa kali dia datang tetapi tidak dapat bertemu dengan anaknya, Nur Fatima Aisya, 4, kerana tidak sihat.
"Dah berapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima, kesian Fatima tak sihat. Mohon doakan Fatima semua," tulis Fattah yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial miliknya.

Enggan perkongsian itu terus menjadi sal@h faham, Fattah tampil menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dia mengab@ikan anaknya kerana terlalu sibuk bekerja.

Fattah dalam masa sama turut menolak tuduhan perkongsiannya di media sosial ketika bertemu anak sebelum ini bertujuan untuk meraih perhatian.

"Ada pihak yang kata saya terlalu sibuk sampai tak sempat jumpa anak. Saya terkil@n dengan tuduhan seperti itu. Takkanlah setiap kali saya jumpa anak, saya perlu muat naik gambar atau video semata-mata untuk tunjuk kepada semua orang. Buat apa, kan?

"Cuma ada masanya saya rasa nak kongsi, saya akan muat naik. Saya kongsi bukan sebab nak buat 'content'. Tapi ada pula yang cakap bila dah jumpa anak, nak tunjuk dekat orang. Macam-macam pers£psi," ujarnya.

Dalam pada itu, Fattah berharap, orang ramai dapat hentikan sebarang sp£kulasi mengenai dia dan Fatima kerana mereka masih berjumpa, selain bekas isterinya yang juga pelakon iaitu Nur Fazura memberikan kerjasama baik.

Klik untuk gambar besar
"Saya sendiri pening dengan dakwaan-dakwaan ini. Bila saya kongsi, orang kata nak buat 'content'. Bila tak kongsi, orang kata saya tak jumpa anak. Saya nak perbetulkan keadaan yang saya ada berjumpa anak saya beberapa kali, cuma ada masanya kita faham dia tak sihat dan mungkin tak mahu keluar.

"Jadi, tolong jangan sal@hkan sesiapa kerana perkongsian saya sebelum ini sekadar nak beritahu saya ada berjumpa anak saya. Pihak Fazura pun memberi kerjasama yang baik. Tak ada sesiapa yang sal@h dalam hal ini," katanya.

Sementara itu, Fattah turut mengulas mengenai perkongsiannya yang mendakwa sudah lama tidak bertemu Fatima dan meluahkan rasa risau apabila anaknya itu dilaporkan tidak sihat.

"Saya tak dapat jumpa dia sebab keadaan dia tidak sihat ketika ini. Sebagai bapa, saya perlu faham keadaan dan perasaan dia, jadi tak boleh nak paksa dia untuk jumpa saya. Macam yang anda sendiri tengok keadaan dia tak sihat dan tak mahu berjumpa.

"Perkongsian saya itu hanya luahan hati seorang bapa saja," jelas Fattah yang sebelum ini mengakui terasa apabila menyambut Ramadan sendirian tanpa isteri dan anak, namun tetap bersyukur kerana masih ada anak dan keluarga di sisinya.

Ujar Fattah, dia sentiasa sibukkan diri dengan kerja agar tidak terlalu mengingati saat itu, apatah lagi tahun ini sememangnya berbeza, selain turut akan cuba mencari masa membawa Fatima berbuka puasa bersama keluarganya meskipun sibuk dengan kerja.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: