08 March 2025

AZLAN KOMENG NAFI KONTEN, PERSOAL KALAU BERPOLIGAMI DENGAN CARA BETUL KENAPA TAK PUAS HATI - NUR NILAM MERAYU, BERDOA PEREMPUAN ITU LEMBUT HATI TIDAK AMBIL SUAMINYA



"Saya tak boleh nak kongsikan secara terperinci kerana saya perlu menjaga hati isteri dan bakal isteri saya, namun ini bukanlah konten. Segala perancangan sedang berjalan. Insya-Allah, perkara ini (berpoligami) masih dalam pertimbangan dan perjalanan.
"Saya pun tak tahu lagi, nak kata tidak, tak boleh. Nak kata ya pun tak tahu. Saya masih lagi berfikir, banyak perkara kena pertimbangkan. Saya bukannya tiada pengalaman. Saya sebelum ini pernah berpoligami dan ini bukan kali pertama. Cuma perjalanan setiap hubungan rumah tangga itu berbeza.

"Ketika awal perkahwinan dengan Nur Nilam, dia pernah pinangkan kawannya jadi madu. Cuma, dalam keadaan sekarang sangat berbeza. Kejadian, kaedah, asbabnya semua berbeza dan saya belum boleh berkongsi. Sebelum ini, saya kahwin dua tiada siapa kisah pun, mungkin saya tak 'viral' lagi.

"Kali ini, saya perlu mempertimbangkan banyak perkara. Bukanlah tidak s£rik berpoligami lagi, ada alasan yang kuat untuk berpoligami dan pasti tidak akan sama jalan yang lalui. Jika sampai pada waktunya, Insya-Allah saya akan jelaskan.

"Pastinya saya akan berbincang dengan Nilam sebab keutamaan saya ketika ini adalah dia. Saya faham hati perempuan dan akan ada penentangan jadi kami akan berbincang. Kalau ada syarat daripada dia, saya dengan senang hati mendengar. Kalau mampu saya akan turutkan, kalau tidak saya harus fikir.. saya tetap bersyukur dia tidak meninggalkan saya.

"Ada juga yang menggalakkan kami untuk berpisah, sebenarnya itu lebih teruk daripada poligami. Saya tak nafikan banyak kebaikan yang isteri buat untuk saya dan saya hargai. Jangan mudah mengatakan bahawa apabila ada poligami, saya tak bersyukur atau tidak mengenang budi.

"Jangan mudah menghukvm, kalau ia tidak seperti yang disangka adakah awak semua nak datang minta maaf pada saya? Kalau saya sembunyi, mungkin saya k£sal. Saya agak kec£wa dengan netizen. Jika berpoligami dengan cara betul, jadi kenapa tak puas hati?

"Ada yang mendoakan bukan-bukan. Itu bukan cerminan diri, kita tak tahu mas@lah orang. Saya sudah lalui pelbagai asbab dalam rumah tangga. Saya tak pernah membelakangkan isteri, lainlah saya menipu dan berkahwin secara senyap. Itu bolehlah nak mar@h."

Klik untuk gambar besar
Itulah kata pelakon Azlan Komeng, 48, dimana dia masih mempertimbangkan hasrat mahu ada berpoligami, namun ujarnya, berpoligami bukanlah suatu perkara yang dibanggakan, jadi perlu berhati-hati dalam memberi jawapan.

Sementara itu, isteri kepada Azlan iaitu Nur Nilam dalam nada sebak memberitahu, wanita berkenaan adalah individu yang pernah menjalinkan hubungan dengan Azlan sebelum ini.

"Yang nak berkahwin dengan Azlan adalah bekas skandal dia dahulu. Isu duhulu timbul kembali. Saya beritahu di media sosial kerana penat dig@nggu. Apabila diajak untuk berjumpa, rupanya nak berkahwin. Sebagai seorang isteri, Nilam mengakui suk@r untuk menerima perkara tersebut sehinggakan memberi k£san terhadap dirinya.

"Saya masih berharap belas kasihan dia, supaya dia tak buat benda ini. Saya sayang dia sangat. Orang nampak baik semuanya, tetapi sebenarnya saya tak boleh tidur, tak boleh makan. Saya kerap bertanya kepada dia, betul ke perkara ini? Saya tak boleh nak buat apa-apa, semua keputusan adalah ditangan dia tetapi berpisah bukanlah jalan yang baik.

"Dalam keadaan sekarang ini saya reda, saya cuma berharap belas kasihan seorang suami. Mungkin orang bertanya kenapa saya masih bertahan, dia seorang suami yang baik, dia sangat menjaga saya dan saya tak nak hilang suami. Kalau dia ada belas kasihan kepada saya, terutama di bulan Ramadan ini.

"Hari-hari saya berdoa perempuan itu lembut hati jangan ambil suami saya. Saya dah tak ada sesiapa, saya ada suami saya sahaja. Tolanglah saya merayu," tutur Nilam yang baru-baru ini mendedahkan Azlan akan berkahwin lagi dan dia mengizinkan kerana menghormati dan menyayangi suaminya itu, namun menetapkan syarat.

Dalam hantaran itu, Nilam yang mendirikan rumah tangga dengan Azlan pada 22 Januari 2022, juga berkongsi momen ketika suaminya sedang berbual di telefon dengan seorang individu yang didakwa merupakan bakal madunya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: