07 March 2025

JUAL 'AYAM GOLEK FERRIS WHEEL' DI TERENGGANU - WAN MAINUNAH BERSYUKUR TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN



"Saya bersyukur kerana sambutan diterima amat menggalakkan. Ramai datang bukan sahaja untuk membeli ayam golek dan nasi beriani, tetapi juga untuk beramah mesra. Saya seronok dapat berjumpa dengan orang ramai terutama peminat dari Terengganu."
Itulah kata pelakon veteran Wan Maimunah, 68, dimana dia meluahkan rasa syukur apabila jualan juadah berbuka puasa di gerak 'Ayam Golek Ferris Wheel' milik anaknya, Muhammad Shah Muhammad di Kampung Wakaf Beruas di Kuala Terengganu itu mendapat sambutan menggalakkan.

Wan Maimunah yang menjadi perhatian ramai apabila menjual juadah berkenaan berkata, ini pertama kali dia terlibat secara langsung dalam perniagaan tersebut bagi memberi sokongan kepada anaknya.

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal dengan watak air mata ini berkata, dia turut mengambil peluang bertemu peminat di sekitar Terengganu, malah ada yang beritahu mahu datang dari Dungun, Kemaman.

Kongsi Wan Maimunah lagi, gerai itu beroperasi sejak awal Ramadan lalu dan dibuka setiap hari bermula jam 3 hingga 6.30 petang.

"Setiap hari kami menyediakan kira-kira 70 ekor ayam golek dijual pada harga RM25 seekor, selain nasi beriani pada harga RM5 sebungkus. Set lengkap ayam golek bersama nasi beriani pula dijual pada harga RM28 dan setengah set pada RM16," ujarnya.

Selain itu, kata Wan Maimunah, dia turut meluangkan masa membantu menyediakan nasi beriani yang dimasak mengikut olahan resipi sendiri.

"Saya datang lebih awal hari ini, lepas solat Asar terus ke gerai untuk membantu. Buat masa ini saya kebetulan tiada jadual untuk penggambaran sebarang drama, jadi saya ambil kesempatan ini untuk bersama-sama anak dan cucu," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: