07 March 2025

TIADA NIAT MINTA SIMPATI - RIDZUAN RIDZOKUMURA NAFI UBAT ARWAH ISTERI DIRAMPAS TAPI BERI SENDIRI PADA POLIS



"Abang berikan sepenuhnya kerjasama kepada polis, abang tanyakan sekiranya mereka ingin mengetahui ubat-ubatan Jepun yang diambil oleh Akiko. Memang dia (Akiko) ada ambil ubat Jepun, biasalah, dia sudah tentu percaya dengan ubatan dari negaranya.

"Tapi bila abang terbaca berita yang memaklumkan polis rampas ubat itu, ia sangat menghir1s hati sebab ubat itu bukan dirampas, tapi saya berikan sendiri pada polis."

Itulah jelas usahawan dan pemp£ngaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura atau nama sebenarnya, Abd Ridzuan Abdul Mutalib, dimana dia meluahkan rasa terkilan apabila laporan mendakwa polis merampas enam jenis ubat-ubatan dari kediamannya berhubung sias@tan kem@tian isterinya, Akiko Okumura, Jumaat lalu.

T£gas Ridzuan, ubat-ubatan berjenama Jepun itu sebenarnya diserahkan sendiri kepada polis bagi membantu sias@tan, bukan diramp@s seperti yang dilaporkan.

Bapa kepada seorang anak, Sky Taizo Okumura ini berkata, kenyataan itu bukan sahaja menggur1s hatinya, malah boleh menimbulkan pelbagai sp£kulasi neg@tif yang memberi k£san kepada dirinya dan anak mereka yang masih kecil.

Dalam pada itu, ujar Ridzuan lagi, dia tiada niat untuk meminta simpati, sebaliknya hanya ingin mendedahkan perkara sebenar kepada orang ramai yang mengikuti kisah kem@tian isterinya.

Klik untuk gambar besar

"Dalam keadaan masih sedih dengan kem@tian isteri, abang tetap beri kerjasama pada pihak polis. Turun naik pergi balai polis. Dalam keadaan begini memang sangat tidak larat, tapi keluar kenyataan seumpama itu membuatkan tubuh saya menggigil.

"Tolonglah hentikan, saya bukannya mahu minta simpati, tetapi janganlah keluarkan kenyataan seumpama itu. Saya cuma nak betulkan keadaan. Sky (anak Ridzuan) sedang membesar, apa perasaan dia bila baca mengenai ubat itu dirampas? Sudah tentu dia sedih," katanya.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, memaklumkan pihaknya merampas enam jenis ubat-ubatan dari kediaman usahawan berkenaan.

Akiko yang merupakan warga Jepun berusia 50-an, sebelum ini dilaporkan m@ut akib@t terj@tuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya.

K£s diklasifikasikan sebagai kem@tian mengejut (SDR) kerana tiada sebarang unsur jen@yah ditemui setakat ini, namun polis akan membuat sias@tan secara keseluruhan, termasuk dari sudut kriminologi.

Jenazah Akiko selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Sabtu lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: