29 March 2025

BILA UBAI BELANJA GELANG RAYA RM12,000 - SHILA AMZAH RASA TERUJA



Pemp£ngaruh, Ubai baru-baru ini telah berkongsikan momen di media sosial miliknya, dimana dia membuat kejutan buat isteri tercintanya, penyanyi Shila Amzah apabila menghadiahkan barang kemas sempena hari raya.

Dalam perkongsian video itu, pada awalnya kata Ubai, mahu keluar untuk mencari baju raya buat anak tirinya, Seth, namun Shila terkejut apabila mereka berhenti di sebuah kedai emas.

Apa yang menghiburkan, Ubai memberitahu, dia memberi bajet sebanyak RM10,000 untuk membeli barangan kemas, namun Ubai berseloroh mengatakan terlebih bajet apabila barang kemas yang dipilih berharga RM12,000.

Klik untuk gambar besar

Bukan itu sahaja, Shila juga berseloroh mengatakan dia bayarkan terlebih dahulu dan meminta Ubai membayar secara bulanan kepadanya.

Meninjau ke ruangan pula, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan itu serta mengatakan Shila bertuah dikurniakan suami yang pemurah, selain turut mendoakan pasangan itu bahagia.

Untuk makluman, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Rhea Akira yang kini berusia 10 bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: