"Apa pun kita buat, niat kerana Allah. Kadang kalau nak menyanyi pun, saya ingat Allah juga. Walaupun saya tahu, ada yang cakap suara itu aurat, saya serah pada Allah."
Itulah kata biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi satu video di media sosial, dimana dia mengakui suara yang dialunkan apabila bernyanyi adalah aurat bagi seorang wanita.
Ibu kepada dua cahaya mata ini bagamanapun berkata, dia menyerahkan segalanya kepada Allah dan apa saja kita lakukan niat kerana Allah.
Dalam pada itu, Siti turut berharap, suatu hari nanti dia tidak perlu lagi berada di atas pentas, malah juga menyimpan impian untuk menetap di Mekah serta membuat kerja amal.
"Saya sentiasa berdoa supaya suatu hari nanti, saya tidak perlu lagi berada di atas pentas untuk menyanyi. Mungkin saya boleh buat kerja-kerja amal. Saya pun ada impian nak duduk di Mekah. Nak menghabiskan usia di sana," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment