25 March 2025

DEDAH ANAK KEDUA TAK SETUJU KAHWIN LAGI - INA NAIM AKUI TERSENTUH JAWAPAN SALMAN



"Mereka masih lagi kekal dengan ayahnya yang pertama. Memang susah terutama sekali anak nombor dua. Kemudian, anak-anak yang lain pujuk sampailah sebelum nak bertunang, saya kata, 'Macam mana Salman? Tak baik sekat ibu'."
Itulah ujar penyanyi Ina Naim dimana dia mendedahkan keputusannya untuk mendirikan rumah tangga kali kedua tidak dipersetujui anak keduanya, Salman Elkhoyri.

Ina yang mendedahkan perkara itu menerusi temu bual bersama Molek FM, berkata, ketika itu agak sukar untuk mendapatkan persetujuan anak keduanya itu.

Jelasnya lagi, dia bagaimanapun tersentuh dan terdiam apabila mendengar jawapan daripada anak keduanya mengapa tidak bersetuju untuk ibunya berkahwin lagi.

"Kami lima beranak pun bersalaman dalam satu bilik dan saya minta sebab dari Salman kenapa dia tak nak saya kahwin.

"Di antara sebab yang saya tersentuh sangat itu bila Salman cakap, 'Kata nak hidup dengan ayah di sana (taman syurga) sama-sama? Kita kan dah janji? Kita kan dah janji nak jumpa di perigi syurga sama-sama?'.

"Waktu itu memang saya terdiam, tak berkata apa-apa," kongsi Ina yang mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Khairul pada 9 November tahun lalu, selepas pemergian suaminya, bekas penyanyi nasyid iaitu Allahyarham Suhaimi Saad pada 15 November 2023.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: