25 March 2025

"SEHINGGA AKHIR HAYAT KAMI AKAN TETAP BERTALIAN" - DIANA DANIELLE TAK KISAH ANAK-ANAK PILIH BERAYA DENGAN FARID KAMIL



"Saya tidak kisah pun sekiranya anak-anak pulang ke kampung dengan Farid terlebih dulu untuk meraikan sambutan Aidilfitri nanti. Ini kerana saya percaya suasana sambutan hari raya di kediaman keluarga Farid di sana tentunya lebih meriah berbanding di bandar.

"Alhamdulillah, dengan keadaan sekarang (sudah bercerai) menjadi lebih mudah. Farid pun boleh bawa anak-anak balik ke kampungnya,"

Demikian kata pelakon Diana Danielle, 34, dimana dia tetap menghormati bekas suaminya, Farid Kamil, 44, yang akan menyambut Aidilfitri dengan dua anak mereka, Muhammad, 12, dan Nur Aurora, 10, di Sungai Petani, Kedah tahun ini.

Ujar Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, dia juga menerima baik keputusan anak-anak untuk beraya dengan bapa mereka, sekali gus tidak bersamanya di ibu kota.

Kata pelakon filem 'Imaginur' itu lagi, apabila status hubungan mereka sudah jelas dengan perceraian, semestinya kebahagiaan anak-anak yang kini diambil kira serta diutamakan.

Klik untuk gambar besar

"Apabila status antara kami sudah jelas (sah bercerai), ia sebenarnya menyenangkan keadaan bagi saya sebagai seorang wanita. Termasuk, dengan siapa dulu anak-anak nak beraya.

"Jadi, bila mereka (anak-anak) akan beraya dengan Farid dulu, saya okay saja kerana suasana raya di sebelah Farid lebih berkonsepkan kampung dan tentunya anak-anak dapat berkumpul dengan saudara-mara di sana," tuturnya yang sekali lagi bergelar ibu tunggal.

Dalam pada itu, Diana yang memilih untuk terus p0sitif dalam hidup, mengakui Syawal kali ini tetap ceria biarpun dua anaknya beraya bersama bekas suami.

Tambahnya, tiada yang mengubah pendirian untuk menjalani kehidupan dengan baik, meskipun rumah tangga yang dibina selama 13 tahun itu berakhir.
"Jujurnya, saya macam tiada perasaan.. Minta maaflah, saya tiada hendak menangis di bucu katil atau termimpi-mimpi, tiada. Saya hanya bersyukur, Alhamdulillah anak-anak sihat dan dia (Farid) sihat.

"Apa yang penting, apabila dia gembira, anak-anak saya gembira dan saya pun gembira. Walau apa pun, kami ada pertalian dan sehingga akhir hayat kami akan tetap bertalian.

"Jadi, saya harap Hari Raya akan baik-baik sahaja sebab dia akan bawa anak-anak pulang ke Kedah. Kali ini, giliran mereka ke Kedah dan saya tidak sedih," jelasnya.

Untuk makluman, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup 13 tahun itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 12 dan Nur Aurora, 10.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: