Penyanyi Lagu 'Bea Sobar Bea' dikenali sebagai Eda Ezrin atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan suami serta empat rakannya mereka masih perlu berada dalam perjara untuk tempoh sekurang-kurangnya satu hingga empat bulan lagi.
Peguam bela mewakili Eda Ezrin dan Sufian Abdul Aziz berkata, ia berikutan mereka perlu menunggu sekiranya pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan yang dibuat mahkamah hari ini.
“Buat masa ini, keenam-enam anak guam saya masih belum boleh dibenarkan keluar dan perlu berada dalam penjara sementara menunggu pihak pendakwaan memfailkan rayuan.
“Jika tiada rayuan, mereka akan dibenarkan pulang.
“Kebiasaannya, tempoh rayuan pihak pendakwaan dibuat dalam masa sebulan dan boleh mencapai tempoh sehingga empat bulan,” katanya.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, selepas hampir lima bulan barada di dalam tahanan penjara di Thailand, Eda Ezrin dan suami serta empat yang lain dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat, hari ini, daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November lalu.
Memetik laporan media, keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim terhadap Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35, serta rakan, Mohamad Alif Deraman, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, selepas meneliti kesemua keterangan saksi pendakwaan semasa prosiding perbicaraan berlangsung.
Manakala bagi pertuduhan mengambil dadah, kesemua mereka dikenakan penjara enam bulan dan denda 4,000 baht (RM526) setiap seorang, namun tempoh pemenjaraan itu sudah selesai dilakukan selain disebabkan kesemua tertuduh berkelakukan baik.
Manakala, Erdeka dan Zuhaira yang turut didakwa atas pertuduhan memasuki Thailand tanpa dokumen dikenakan denda RM526.
Hakim menerusi hujahan penghakiman berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada bukti yang boleh mengaitkan sejumlah dadah berkenaan dengan kesemua tertuduh.
Malah katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian turut tidak menunjukkan bekalan dadah terbabit dibawa oleh mereka.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment