30 March 2025

HIDAP DAR4H TINGGI, DIDAPATI ADA K£NCING MANIS - NORLIA GHANI AKUI SETAHUN TIADA TAWARAN BERLAKON, BERHAJAT PINDAH RUMAH PPR DEKAT DENGAN PUSAT BANDAR RAYA



Pelakon veteran, Norlia Ghani, 77, yang kini menetap di Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Cheras, di sini, memberitahu, dia sudah lama berhajat untuk berpindah ke kawasan lebih dekat dengan pusat bandar raya.

Permintaan Norlia atau sebenarnya Norlia Abdul Ghani, untuk berpindah ke rumah baharu demi tujuan keselesaannya itu akhirnya mendapat perhatian dan bantuan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Jelas Norlia, hajat itu diluahkannya selepas dia berdepan mas@lah tertentu termasuk pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT) menyebabkan kesukaran bergerak apabila keluar bekerja.

"Sudah lapan tahun saya menetap di sini. Memang sudah lama saya minta untuk pindah sebab kawasan di sini agak susah untuk saya. Bukanlah mahukan rumah besar, tapi sebab keadaan kurang baik.

"Pengangkutan awam seperti LRT ada, tapi agak jauh kalau saya nak jalan. Kalau nak naik LRT saya kena naik Grab dan pergi ke stesen terdekat iaitu Bandar Tasik Selatan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

"Kalau ada tawaran lakonan, Alhamdulillah ada 'runner' yang ambil dan hantar. Saya pula tak pandai nak naik bas dari sini, semuanya perlu Grab.

"Kalau dulu ada teksi yang kita boleh tahan, jadi senang," ujar Norlia yang terharu dengan keprihatinan Finas yang sudi berkunjung serta memberi sumbangan kepadanya menjelang Aidilfitri ini.

Klik untuk gambar besar

"Saya gembira dengan sumbangan ini, mereka juga sudi untuk datang berkunjung ke rumah saya. Terima kasih juga kerana sudi beri sumbangan, untuk hari raya ini dapatlah saya berbelanja," katanya.

Norlia menerima sumbangan itu menerusi program Ziarah Seni Madani Finas yang dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan, dan Data Industri iaitu Zed Zaidi dan beberapa kakitangan Finas di kediamannya, hari ini.

Sementara itu, ulas Zed, dia mengambil s£rius dilema dihadapi Norlia itu. Justeru, Finas dengan bantuan beberapa persatuan lain akan berusaha tunaikan permintaannya.

"Permintaan dia untuk mohon kami bantu dapatkan rumah PPR di sekitar Setapak dan lebih dekat pusat bandar raya. Mungkin dengan ada pemindahan yang kami usahakan, boleh selesaikan mas@lahnya.

"Kami bekerjasama dengan persatuan-persatuan untuk proses mendapatkan rumah itu contohnya Seniman. Tak boleh beri jangkaan bila akan dapat sebab kami perlu melalui proses tertentu.

"Kena tengok tempat yang dimintanya ada kekosongan juga. Kalau ada baru kami cuba mohon. Proses yang kami buat sama seperti orang biasa," jelasnya.

Dalam pada itu, Zed berkata, dia yakin mereka ada kelebihan dengan ada sokongan daripada persatuan-persatuan yang boleh membantu percepatkan proses, namun ia masih bergantung kepada kementerian terbabit untuk meluluskannya.
Disamping itu, Norlia akur tawaran untuknya berlakon semakin berkurangan kebelakangan ini dan pernah berdepan situasi tiada tawaran langsung selama lebih setahun.

Berharap masih akan terus terima tawaran, Norlia bagaimanapun berkata, dia belum sampai tahap terdesak untuk meminta-minta mana-mana produksi mengambilnya berlakon.

"Sekarang sudah kurang. Sebelum ini selalulah kerana banyak cerita-cerita yang perlukan orang tua. Saya pernah tiada tawaran lebih setahun dan duduk rumah sajalah.

"Selama saya berlakon, tidak pernah hendak telefon sendiri produksi meminta 'job'. Kalau memang mereka nakkan saya, mereka akan hubungi saya sendiri. Tapi itulah tak boleh cakap juga, kalau perlu mungkin akan buat juga kelak," tuturnya.

Mengenai keadaan kesihatannya pula, Norlia memaklumkan, dia menghidap dar@h tinggi, selain baru-baru ini didapati ada k£ncing manis.

"Selepas kena 'b00ster' saya kena dar@h tinggi. Dar@h tinggi itu agak s£rius juga dan kena pergi hospital untuk pemeriksaan doktor, selain makan ubat. Ubat itu hari-hari kena makan.

"Baru-baru ini saya kena k£ncing manis tapi walaupun baru kena jaga-jaga juga. Terutama ketika bulan puasa kena makan manis-manis, t@kut juga," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: