30 March 2025

"MASIH ADA YANG FIKIR SAYA ORANG ISLAM... INSID£N DITEGUR KERANA MAKAN DALAM BULAN RAMADAN PERNAH BERLAKU..." - TONY EUSOFF



"Masih ada yang fikir saya orang Islam. Tapi, bila orang tanya, saya jawab dengan baiklah. Saya cakap, 'tak, tapi saya ramai kawan Islam. Saya bekerja dalam industri yang boleh dikatakan 90 peratus daripada adalah orang Islam'.
"Insid£n ditegur kerana makan dalam bulan Ramadan pernah berlaku tetapi sebelum saya jadi artis. Waktu itu, saya baru mula bekerja dengan satu syarikat dan pergi 'out station' bersama bos saya yang yang juga bukan Melayu ke Kelantan.

"Tiba-tiba ada seorang lelaki datang, dia datang kepada saya dan minta saya tunjukkan kad pengenalan sebelum saya pesan makanan.

"Waktu itu, saya 'b0doh' sebab beri saja kad pengenalan sedangkan sekarang baru orang ramai sedar bahawa hanya polis saja yang boleh minta kad pengenalan orang awam."

Itulah kata pelakon Tony Eusoff, 45, dimana dia berkongsi pengalamannya pernah 'ditegur' seorang individu tidak dikenali kerana dianggap sebagai orang Islam yang tidak berpuasa.

Tony atau nama sebenarnya, Anthony Joseph Hermas Rajiman, berkata, insid£n itu berlaku ketika dia singgah di sebuah kedai makan di Gua Musang, satu ketika dulu.

Kongsi Tony yang beragama Kristian itu lagi, individu tersebut kemudian memulangkan semula kad pengenalannya dan mel£mparkan jelingan.

"Dia lihat kad pengenalan, dia pulangkan dan j£ling. Tak eloklah begitu. Bagi saya, dia nak periksa kad pengenalan orang pun dah sal@h dah. Janganlah terus buat andaian kepada seseorang. Kalau nak tanya pun, kena ada adab. Betul tak?" ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: