30 March 2025

ISTERI SELAMAT BERSALIN ANAK KETIGA - AQASHA TIMANG PUTERI : "ANAK INI BARU TIBA DARI SYURGA, SURI ADINDA NAMANYA"



Tahniah diucapkan kepada pelakon Aqasha atas kelahiran anak ketiganya, seorang bayi perempuan yang selamat dilahirkan Sabtu lalu.
Aqasha berkongsi berita gembira itu menerusi media sosial miliknya dimana dia memaklumkan isterinya, Baizura telah pun selamat bersalin.

"Mendekati Syurga. Anak ini baru tiba dari syurga, Suri Adinda namanya. Seorang lagi anggota keluarga besar Hj Rosli dan Hajah Noorita. Semoga tuhan menerima aku kembali ke Syurga," kongsinya.

Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata warganet menzahirkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Aqasha dan isterinya atas kehadiran cahaya mata baharu.

Untuk makluman, Aqasha dan Baizura telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 dan kini sudah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alehandra Ahmad, Alaena Ayesha dan Suri Adinda.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: