Semua sedia maklum mengenai ibu kepada penyanyi Ismail Izzani, 25, iaitu penyanyi era 1980-an, Suliza Salam dimana dia telah mendirikan rumah tangga dengan Ismail A Samad selepas dua tahun kembali solo.
Berhubung itu, Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Izzani Zainal Nazeri, meluahkan rasa sangat bersyukur kini ada yang menjaga ibunya itu, meskipun merasa janggal ada bapa baharu namun dia tolak tepi hal itu.
Ismail pun sudah kenal rapat bapa tirinya yang juga ahli perniagaan, Ismail A Samad dan tersentuh dengan sikapnya sangat ambil berat terhadap mereka.
"Rasa janggal pasti akan ada, itu tak boleh tipu. Tapi saya sudah kenal dia secara dekat agak lama juga. Saya tahu betapa baiknya dia dan sentiasa dahulukan kami anak-anak serta mama.
"Cukup dia sudah menjaga mama, rasa janggal saya tolak tepi. Kami okay sangat, kami main 'game' sama-sama. Dia pun agak muda beberapa tahun berbanding mama. Kenal ada dalam bertahun juga.
"Saya mula kenal dia sebab pernah bekerja dengan mama. Saya adalah satu daripada punca mereka ambil keputusan berkahwin juga," katanya yang sudah sekian lama tidak menyambut Aidilftri secara lengkap sebagai sebuah keluarga, namun kini dia kembali merasai hal itu.
Penyanyi lagu 'Sabar' itu menyifatkan kehadiran bapa tirinya membawa makna besar pada Aidilfitri kali ini.
"Saya sudah lama tak dapat suasana raya begini di mana kami sekeluarga akan balik kampung di Johor. Lama juga saya tak dapat rasa contohnya sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dulu dan sebagainya.
"Teruja beraya dengan bapa baharu sebab kali ini kami akan sama-sama 'shopping' raya, balik kampung sama-sama, dan lain-lain. Dua tahun tak beraya dengan keluarga lengkap di kampung,' tuturnya yang beraya di Pontian.
Terdahulu, Suliza pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Zainal Nazeri Zainuddin pada 11 Januari 1991, namun pasangan itu tidak pernah berkongsi mengenai perceraian mereka.
Berita perpisahan terbabit disahkan Ismail yang juga anak bongsu mereka sekitar tahun lalu.
Menerusi perkahwinan itu, mereka turut dikurniakan dua orab iaitu Nurizzati dan Nur Falah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment