30 March 2025

"SAMBUTAN AIDILFITRI KAMI BERBEZA DENGAN ORANG LAIN" - PUTERI BALQIS & IBU SELESA RAI AIDILFITRI BERSAMA GELAND4NGAN



"Kadang-kadang saya dan ibu akan beraya dengan geland@ngan di sekitar ibu negara. Sambutan Aidilfitri kami berbeza dengan orang lain, dan kami lebih kepada pengalaman sebegitu.

"Kami akan berbual sebab mereka seperti tiada tempat untuk bercerita. Banyak cerita yang saya dapat antaranya, ada yang dibuang keluarga, ada yang sudah kahwin tetapi berakhir di situ.

"Apabila saya berbual dengan mereka, seperti tak percaya kerana tak sangka, kehidupan mereka sebelum ini iaitu sebagai seorang anak, suami dan isteri berubah sebegitu."

Demikian ujar pelakon Puteri Balqis, 17, dimana dia akui lebih selesa meraikan Aidilfitri bersama geland@ngan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.

Setiap kali menjelang Aidilfitri, Balqis yang mesra disapa dengan panggilan Aqish, berkata, rutin yang dilakukan bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz, sejak beberapa tahun lalu, sudah menjadi kebiasaan buat mereka anak beranak.

Klik untuk gambar besar

"Setiap kali dengar cerita mereka, ada sesuatu yang kita sendiri tak boleh nak jelaskan perasaan itu. Aktiviti itu sudah saya lakukan sejak beberapa tahun cuma tak ingat bermula bila.

"Saya tiada waktu yang 'sp£sifik' melawat mereka. Adakalanya saya bangun tidur, tonton N£tflix, makan dan kemudian pergi ke sana," kata pelakon drama 'Keluarga Itu' lagi.

Dalam pada itu, Aqish memberitahu, dia meraikan Aidilfitri dengan cara yang sangat sederhana serta tidak pernah timbul rasa ir1 hati dengan keluarga lain yang mungkin lebih lengkap persiapannya.

"Persiapan Aidilfitri saya biasa sahaja. Selalunya, saya akan siapkan satu helai baju atau t-shirt dan jeans sahaja.

"Saya hanya beraya di Kuala Lumpur dan Aidilfitri itu seperti hari biasa serta hanya disambut dengan ibu sahaja. Saya tak c£mburu melihat cara orang lain meraikannya. Kami meriah dengan cara sendiri," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: