03 March 2025

JALANI PENGGAMBARAN DI KELANTAN - LINDA HASHIM SEDIH KALI PERTAMA BERPUASA TANPA ANAK-ANAK DI SISI



"Siapa yang tidak risau. Syukurlah keluarga saya banyak bantu tengok anak-anak. Hari ini bapa saya datang dari kampung untuk tengokkan mereka dan berbuka bersama. Anak-anak kini dijaga oleh keluarga dan saudara.
"Minggu akan datang saya cuti dan balik Kuala Lumpur untuk sambung k£s cerai di mahkamah pada 6 Mac. Jadi tempoh dua tiga hari itu saya akan gunakan untuk bersama anak-anak, berpuasa dan berbuka. Selepas itu saya ke Kelantan semula."

Demikian kata pelakon Linda Hashim, 41, yang melahirkan perasaan sedih apabila kali pertama berpuasa tanpa anak-anak kerana terbabit dengan penggambaran drama bersiri di Kelantan.

Jelas Linda, ini bukan kali pertama dia berpisah dengan anak-anaknya, Jelita Clarissa, 11; Anggun Cassandra, 10; dan Indah Camelia, 6, semasa kedatangan Ramadan.

Dalam pada itu, Linda memberitahu, dia bagaimanapun sudah membuat persediaan awal dari segi makanan dan menu berpuasa yang akan diuruskan oleh keluarga.

"Saya beritahu mereka apa yang akan dimakan oleh anak-anak saya semasa bulan puasa. Saya dah belikan barang makan dan sebagainya. Semua dah selesai sebelum saya pergi sh00ting.

"Mereka pun tak cer£wet. Budak-budak makan macam biasa saja. Mereka memang nak bangun sahur. Tahun-tahun sebelumnya pun mereka siap pesan supaya kejutkan mereka.

"Tahun lepas mereka tak ada 'skip' sahur langsung. Sebulan puasa, setiap hari mereka bangun," ujarnya yang akan memastikan anak-anaknya itu bersahur agar tubuh badan tidak lemah.

"Tahun ini harap-harap mereka tak 'skiplah'. Risau juga bila saya tak ada dengan mereka. Sebelum pergi Kelantan, hari-hari saya pujuk mereka.

"Saya jelaskan saya nak pergi cari rezeki bukan sengaja tinggalkan mereka. Kalau tak sh00ting macam mana nak makan dan bayar itu ini," tuturnya.

Terdahulu, Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim menuntut cerai daripada suaminya, pelakon Beego, 45, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 6 Februari lalu.

Mereka pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 sekali gus hadir bersama ke mahkamah bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: