"Demi Tuhan, hanya Allah yang tahu niat saya dan semuanya adalah dengan kehendak-Nya jua. Sesungguhnya, tidak pernah terlintas langsung dalam minda dan diri saya untuk mendekati Nora atas sebab kerjayanya dan bidang yang jauh berbeza antara kami (saya di bidang agama).
"Ia hanya didorong niat murni untuk menjaga, membimbing, mengajar ilmu dan menjaga anak-anaknya yang masih pada awal usia, di sinilah timbulnya keinginan untuk meminang."
Itulah jelas suami kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 52, iaitu Dr Rushdi Ramli, 59, dimana katanya, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berpoligami, namun mengakui tidak mampu menolak takdir.
Rushdi akhirnya meluahkan perkara itu menerusi satu hantaran di Facebook selepas selama ini mengunci mulut mengenai rumah tangganya dengan Nora, memberitahu,, dia mengahwini penyanyi itu sebagai isteri kedua untuk membimbingnya dan anak-anaknya selepas kem@tian suami.
Disamping itu, Rushdi berkata, dia juga sedar cab@ran poligami amat banyak dan besar, termasuk masyarakat pula sering mencanangkan idea neg@tif seperti isteri kedua adalah per@mpas.
"Namun, hakikatnya kita tidak dapat menolak takdir dan ketentuan Ilahi dalam hidup seperti dinyatakan dalam Rukun Iman. Apapun, akhir-akhir ini saya dan Nora diuji dengan isu pan@s yang boleh mem£cah-b£lahkan rumah tangga kami.
"Lebih lagi, adanya campur tangan daripada insan yang rapat dengan saya. Inilah dug@an dan cab@ran dalam berpoligami. Saya pernah menerima d£sakan dan asakan cukup mencab@r, namun dapat diatasi dengan izin Allah jua," tuturnya.
Ujarnya lagi, dia sedih apabila Nora dilabelkan dengan pelbagai gelaran neg@tif, namun itulah asam garam dalam kehidupan berumah tangga yang berpoligami.
"Dalam kehidupan poligami, gelaran seperti 'peny0ndol' dan 'sund*l' sering dikaitkan dengan isteri-isteri. Sama ada isteri kedua, ketiga dan seterusnya.
"Ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan wajar dihentikan kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Ia juga berlaku kepada Nora yang turut menerima gelaran sedemikian," katanya.
Dalam pada itu, tambah Rushdi, dia juga kagum dengan keperibadian diri Nora yang disifatkan sangat baik, bijak menjaga rumah tangga, suka tersenyum dan menyimpan saja segala kelukaan dalam hati.
"Saya akui dari sudut perwatakan dan perangai, Nora tidak 'ov£r react' dalam segala hal terutamanya ketika di khalayak ramai. Alhamdulillah, Nora sentiasa menjaga tatasusila, sopan santun dan kedudukan sebagai isteri.
"Nora tidak somb0ng, mudah mesra, peramah dengan semua orang, lebih lagi bila bersama dengan saya dalam pelbagai majlis. Malah, dia juga sentiasa menjaga makan minum suami kerana minat memasak," jelasnya.
Rushdi dalam masa sama berharap, agar orang ramai di luar sana mendoakan rumah tangganya bersama Nora yang berasaskan kerana Allah akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Untuk makluman, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin, kehilangan suami tercinta iaitu komposer Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akib@t s£rangan jantung.
Pada Disember 2021, Nora menerusi hantaran di media sosialnya mengesahkan dia sudah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya (UM).
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment