"Sememangnya kami sangat menantikan Aidilfitri ini, semua kelengkapan sudah siap sepenuhnya. Kami akan pulang beraya di kampung halaman beberapa hari, kemudian barulah di Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah, tiada pula rasa sedih sebab saya ada Fatima. Sejujurnya, saya lebih tenang. Fatima paling berharga buat saya, jadi fokus saya hanya kepada Fatima dan diri sendiri. Fatima suka makan, 'fireworks' dan meluangkan masa bersama keluarga.
Itulah kata pelakon dan penyanyi, Nur Fazura dimana dia tidak akan merungut selagi permata hatinya, Nur Fatima Aisya, 5, berada di sisi men£mpuh kehidupan bersamanya, selain menyifatkan anak tunggalnya itu sebagai sumber kekuatan.
Menikmati Syawal dengan penuh bermakna bersama anak kesayangannya itu, Fazura berkata, selain Fatima, kekuatannya melalui hari-hari mendatang juga diinspirasikan selepas melihat kecekalan dan pengorbanan golongan ibu tunggal.
Ujarnya lagi, dia menyifatkan kekuatan ibu tunggal adalah motivasi terbesar buatnya serta turut mengakui besar harapannya melihat golongan ibu tunggal dapat meneruskan kehidupan lebih baik, meskipun kebanyakan masa perlu bert@rung seorang diri.
Klik untuk gambar besar
"Bukan itu sahaja, saya sangat menghormati golongan ibu tunggal. Saya baru ada seorang anak, bagaimana mereka (ibu tunggal) yang ada ramai anak, sedangkan tidak bekerja.
"Saya yang hanya ada Fatima pun rasa macam-macam dengan 'clinginess', em0si kena jaga. Bayangkan, kalau ada ramai anak. Teruslah bersemangat dan jangan bersedih. Saya terima banyak mesej langsung yang berkongsi rasa nak putus asa dan sebagainya.
"Agak 'klise' nak cakap, tapi ini adalah kebenaran. Kita perlu bergantung sepenuhnya kepada Allah. Percayalah, Allah sentiasa bersama kita dan tiada orang lain yang boleh tolong dan diharapkan.
"Saya bersyukur mempunyai sistem sokongan baik daripada ibu, keluarga, rakan dan peminat. Namun, penghujungnya kebergantungan kita hanyalah kepada Allah.
"Inilah detik yang akan diingat apabila anak sudah besar, iaitu pengorbanan kita," tuturnya yang baru-baru ini tampil dengan single duet baharu raya berjudul 'Raya Pum Pang' bersama bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal.
Terdahulu, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin bercerai dengan pelakon Fattah Amin pada 7 Oktober tahun lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama nur Fatima Aisya yang kini berusia 5 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment