29 March 2025

SERONOK BACA AL-QURAN - MIMI FLY PERNAH SERTAI PERTANDINGAN SYAIR & TILAWAH AL-QURAN DI SEKOLAH, SEBELUM JADI PENYANYI



"Setiap kali Geng Ngaji jemput, saya akan cuba mencari masa yang sesuai untuk turut serta. Bagi saya, ini satu peluang untuk berguru dan memperkemaskan bacaan.

"Ini bukan kali pertama saya dijemput untuk mengaji. Sebelum ini, sejak sewaktu fasa pandemik pun, saya sudah dijemput dan ini adalah kali ketiga.

"Saya menghargai apabila ada yang membetulkan bacaan, kerana dari situlah kita dapat belajar dan memperbaiki diri. Sebelum ini, bukan Ustaz Tarmizi yang mengajar, tetapi ustaz dan ustazah lain.

"Namun, kali ini, saya berpeluang belajar dengan Ustaz Tarmizi," kata penyanyi Mimi Fly dimana dia tidak menyangka video bacaan al-Quran yang dialunkannya bersama Geng Ngaji, tular di media sosial, baru-baru ini.

Ujar Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham, 39, kali ketiga penyertaannya dalam program itu membuatkannya semakin selesa dalam pembacaan dan pada masa sama, ingin terus belajar untuk memperbetulkan bacaannya.

Dalam pada itu, Mimi yang mengalunkan Surah Al-Jaathiyah ayat 20 dan 21 dalam video itu berkata, sejak kecil, dia suka belajar untuk memperkemaskan bacaan al-Quran dan aktif dalam pertandingan.

"Dari kecil lagi, saya memang suka belajar mengaji dengan kemas. Bagi saya, seni membaca al-Quran itu mempunyai keindahannya yang tersendiri.

Klik untuk gambar besar

"Saya tidak terus bermula dengan tilawah. Sebelum betul-betul membuat keputusan untuk menyanyi, saya terlebih dahulu menyertai pertandingan syair dan tilawah al-Quran di sekolah.

"Dari situlah saya mula menggunakan suara dalam bidang seni. Ketika itu, saya berumur sekitar sembilan atau sepuluh tahun. Saya bersekolah di sekolah agama, sekolah rendah fardu ain.

"Saya memang aktif dalam pelbagai pertandingan seperti syair, tilawah, dan apa sahaja yang memberi peluang untuk keluar dari sekolah dan menimba pengalaman," jelasnya yang turut memberitahu, dia gemar membaca terjemahan ayat al-Quran untuk lebih memahami isi ayat-ayat suci itu, seiring dengan peningkatan usia.

"Dalam perjalanan hidup sebagai anak seni, saya akui sudah lama tidak mengaji. Oleh sebab itu, apabila berpeluang belajar mengaji dengan ustaz, saya tidak melepaskan peluang.

"Sekarang, saya lebih gemar membaca terjemahan al-Quran. Ketika di sekolah rendah, kita belajar mengaji, taranum, dan tajwid. Kita belajar bagaimana memberi alunan yang kemas berserta kefahaman terhadap maknanya.

"Kini, fokus saya lebih kepada memahami terjemahan bagi setiap bacaan. Jika ada jemputan lain selepas ini, saya pasti akan menerima kerana bagi saya, ini satu peluang untuk memperbaiki bacaan.

"Mengaji secara sendirian tidak sama dengan mengaji bersama guru, kerana di situlah kita dapat mengetahui kesil@pan dan memperbetulkannya," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: