Isteri kepada penyanyi Fredo Flybaits iaitu Suzlynna Mustapha meluahkan rasa syukur apabila kini status suaminya sebagai penduduk tetap diluluskan, serta menganggap berita gembira itu adalah sesuatu yang ditunggu sejak sekian lama.
Jelas Suzlynna yang juga anak kepada pelakon legenda, Allahyarham Datuk Mustapha Maarof, pengiktirafan berkenaan diberikan kepada suaminya itu sekitar dua, tiga bulan lalu.
"Saya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang meluluskan status suami sebagai Penduduk Tetap. Tahun ini kalau ikutkan saya kahwin dengan abang dah 29 tahun. Lama juga kami tunggu benda ini dan syukur akhirnya dapat.
"Selama ini kami dah mohon separuh jalan. Bila dah dapat masuk untuk mohon status ini, kerajaan pula bertukar. Dalam tempoh masa lima Perdana Menteri.
"Kali ini barulah diluluskan. Saya dah tak perlu pergi ke pejabat Imigresen untuk buat kertas kerja dua tahun sekali yang memenatkan. Abang betul-betul sayangkan Malaysia dan nak akhiri hayatnya di sini.
Dalam majlis berbuka puasa dan Konsert Ijmal Cinta Ramadan 2.0 yang diadakan baru-baru ini, Fredo dan 19 penggiat seni termasuk pengamal media yang uzur turut menerima sumbangan duit raya dari penganjur, HS Event & Ent Sdn Bhd.
Terdahulu penyanyi popular era 1970-an ini berdepan mas@lah jantung krit1kal dan selamat menjalani pemb£dahan jantung (Aorta) di sebuah hospital di Singapura, pada Jun tahun lalu.
"Kesihatan abang belum pulih sepenuhnya, tapi kalau nak menyanyi boleh. Cuma tak bolehlah buat show macam dulu. Setakat menyanyi lima atau enam lagu Insya-Allah bolehlah.
"Setakat ini abang dah buat dua show iaitu di Sabah dan Sarawak menyanyi tiga lagu. Mungkin penganjur di Kuala Lumpur belum tahu abang dah boleh menyanyi pasal abang ada mas@lah jantung.
"Orang tak tahu kedudukan abang masih boleh menyanyi atau tak. Tapi abang dah boleh menyanyi cuma tak boleh terlalu lama. Sebagai sumber pendapatan, saya kini jual kuih tart nenas," kata isteri Fredo yang turut memberitahu, mereka akan menyambut Hari Raya di Singapura.
Sementara itu, Fredo mengucapkan terima kasih kepada penganjur yang memberikan sumbangan kepadanya yang s@kit dan sudah berusia.
"Ini sumbangan pertama yang diterima sempena Ramadan dan Syawal ini. Saya rasa gembira tapi sedih kerana saya dah tak kuat macam dulu, tak gembira macam dulu.
"Tapi syukurlah, apapun ini ujian Nya yang perlu saya terima. Saya rindu nak menyanyi dan buat masa ini saya banyak habiskan masa berlatih menyanyi di rumah," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment