"Asal kurus je semua tuduh pot0ng, banyak sangat duit aku nak pot0ng. Hari tu aku nak op£ration lutut pun aku minta bantuan orang apatah lagi nak op£ration perut, kelakar."
Itulah ujar pelakon dan pelawak, Enot yang baru-baru ini menjadi perhatian ramai apabila penampilan terbarunya itu dilihat semakin kurus.
Enot menerusi sesi live di media sosial, tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia melakukan pemb£dahan bari@trik untuk menurunkan berat badan.
"Saya ni bekas penghidap kans£r usus. Usus saya tak boleh usik langsung. Kalau saya pot0ng bermakna saya tempah m@ut. Jadi saya tak boleh. Saya diminta untuk turun secara natural sebab lutut dengan tulang belakang saya ada mas@lah," katanya.
Dalam pada itu, Enot menjelaskan, dia tidak mengambil gula dalam makanan serta sudah setahun dia tidak mengambil nasi. Kongsinya lagi, beratnya kini mencecah 75 kilogram.
"Nasi saya memang tak suka makan. Jadi kalau betul-betul fully tak makan nasi adalah setahun. Gula pun saya pot0ng, saya minum mineral saja. Kopi pun minum kopi pahit, kopi o, tak reti letak gula sangat. Saya jarang senaman tapi adalah buat sit up 100 dan berat sekarang 75 kilogram," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment