12 March 2025

KONGSI RUTIN HARIAN SEPANJANG RAMADAN - NEELOFA BACA AL-QURAN 4 JAM SEHARI



Selebriti popular, Noor Neelofa baru-baru ini telah berkongsi rutin hariannya setiap kali tiba bulan Ramadan, dimana dia akan memanfaatkan bulan mulia itu dengan sepenuhnya.
Kongsi Neelofa menerusi siaran langsung di media sosial, dia akan memulakan hari seawal 4.30 pagi dengan ibadah sebelum bersahur bersama suaminya, PU Riz.

"Saya bangun 4.30 pagi, ambil air sembahyang dan solat dahulu. Kemudian bersahur dengan kurma serta air 500ml. Saya makan madu juga.

"Sepuluh minit sebelum azan, saya kejut Haris dan suapkan dia kurma. Selepas itu saya bersiap untuk solat, dia pula akan ke masjid," katanya.

Katanya lagi, selepas menunaikan solat subuh, dia mengkhususkan masa selama empat jam sehari untuk membaca al-Quran dan akan sambung semula selepas solat Zuhur.

"Setelah itu saya akan membaca al-Quran selama empat jam sehari. Pada pukul 11 pagi atau 12 tengah hari pula saya tidur sekejap. Kemudian saya akan ke dapur siapkan makanan anak-anak. Selesai solat zuhur, saya baca lagi," tuturnya.

Disamping itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut memberitahu, pada waktu petang dia akan menyediakan juadah berbuka, namun baru sekali dia sediakan makanan berbuka kerana ibunya menghantar makanan setiap hari.

"Buat air jus, goreng karipap, potong bahan masakan. Tapi setakat ini baru sekali saya masak sebab mama hantar makanan hari-hari. Bilal pun akan suruh saya membaca al-Quran, jadi saya selang-selikan aktiviti dengan anak-anak," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: