30 March 2025

PENGERUSI FINAS - HANS ISAAC SEKALI LAGI DILANTIK



"Setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Datuk Gerald Hans Isaac di atas pelantikan sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuat kuasa 26 Mac 2025."
Demikian tutur Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib menerusi laman sosial Finas, baru-baru, beliau memaklumkan berita gembira Datuk Hans Isaac sekali lagi dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuat kuasa 26 Mac lalu.

Untuk info, Hans pernah memegang jawatan sama pada 2019, namun mengumumkan pembatalan k0ntrak jawatan yang disandang pada 8 April 2020.

Pada 2023, Hans kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sehingga memaklumkan tidak lagi memegang jawatan itu sejak 20 Mac lalu.

Sementara itu, k0ntrak Datuk Kamil Othman yang menyandang jawatan Pengerusi Finas bagi tempoh dua tahun berakhir pada 22 Februari lalu dan kini dilantik sebagai Penasihat Industri kepada Finas bermula 17 Mac lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: