"Selamat bersahur hari ni saya dan Sky tidur di rumah kakak sepupu Sky, Zarina Zainuddin," demikian kata usahawan dan pemp£ngaruh, Ridzuan Ridzokumura menerusi media sosial miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Ridzuan turut memuat naik video memaparkan dia sedang mengejutkan anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura untuk bersahur di rumah pelakon Zarina Zainuddin.
Sebelum itu, menerusi hantaran lain, Ridzuan memohon doa agar dia dan anaknya diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini : "Ya Allah berikan aku dan anak aku kekuatan," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Dalam video yang dimuat naik, Zarina dilihat berusaha menyediakan makanan Jepun, sushi serta buah-buahan buat Sky untuk sahur.
"Selamat pagi Sky. Saya tak tahu macam mana mak awak buat. Tapi saya sempat beli sushi untuk awak malam semalam tapi kedai sudah hampir tutup," tuturnya.
Semua sedia maklum mengenai keadaan Ridzuan dan anaknya itu yang baru sahaja kehilangan isteri serta ibu tercinta, Allahyarham Akiko Okumura atau nama Islamnya, Nur Aishah Abdullah.
Masih dalam keadaan terkejut, Ridzuan atau nama sebenarnya, Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, telah menginap di rumah Zarina, 55, yang juga merupakan anak saudaranya bagi menyambut hari pertama Ramadan bersama anaknya.
Semestinya Ramadan tahun ini berbeza buat Ridzuan dan Sky yang pertama kali berpuasa tanpa ibunya dimana Allahyarham sering mendapat perhatian ramai apabila menyediakan juadah Ramadan terutamanya untuk bersahur dengan hiasan dan kreatif.
Sepanjang Ramadan tahun lalu, kandungan juadah sahur masakan arwah Akiko yang juga merupakan wanita asal Jepun itu antara kandungan yang sentiasa dinantikan pengikut keluarga mereka di media sosial.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak melihat Sky yang pasti teringatkan air tangan ibunya serta mendoakan agar diberi kekuatan buat Ridzuan dan anaknya.
"Sedih tengok menu itu sebab mesti Sky teringat menu-menu dimasak ibunya. - "Kak Ina (panggilan Zarina) punya usaha saji makanan untuk Sky lagi buat air mata mencucur laju menangis di pagi Ramadan," antara komen-komen netizen.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment