"Sekarang saya hanya menanti tarikh daripada pihak mahkamah. Saya harap Shuk dapat beri kerjasama dan besar harapan saya agar kawan-kawan dia tidak mengg@nggu proses perceraian."
Itulah jelas isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh dimana dia mengesahkan sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Segamat, Johor pada Februari lalu.
Dalam pada itu, Fara yang kini menunggu tarikh sebutan k£s, memberitahu, keputusan tersebut diambil kerana melihat Shuk tidak lagi berusaha untuk selamatkan rumah tangga mereka.
Klik untuk gambar besar
"Memang tiada usaha ditunjukkan Shuk untuk pertahankan perkahwinan ini. Sebab itu saya mahu bercerai. Dia lebih pentingkan kawan-kawan berbanding saya dan bayi dalam kandungan," ujarnya.
Untuk makluman, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk atau nama sebenarnya, Muhammad Shukri Mohammed Sahar pada November 2023.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment