02 March 2025

"SEMUANYA ATAS KETENTUAN ALLAH, SAYA TERUSKAN KEHIDUPAN..." - FATHIA LATIFF DEDAH TAK JADI KAHWIN, HUBUNGAN DENGAN KEKASIH PUTUS



"Persiapan sudah 20 peratus, tapi nampaknya rancangan itu tidak menjadi. Tak mengapalah, semuanya atas ketentuan Allah. Saya teruskan kehidupan, masih single dan belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga buat masa ini."
Demikian kata pelakon Fathia Latiff dimana dia mendedahkan impiannya untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila hubungannya dengan seorang jejaka sudah pun putus di tengah jalan.

Fathia menerusi temu bual menjelaskan, persiapan perkahwinan mereka sudah mencapai 20 peratus, namun tiada jodoh antara mereka.

Dalam pada itu,, Fathia berkata, doa daripada keluarga dan peminat banyak membantunya dalam menjaga kesihatan ment@l, malah pelakon itu kini dilihat lebih matang serta p0sitif.

"Saya percaya doa peminat dan keluarga beri k£san besar. Saya kini lebih berhati-hati dalam bertutur, lebih menjaga kesihatan ment@l, dan lebih berfikir sebelum kongsi sesuatu di media sosial, itu bantu saya kekal p0sitif," ujarnya.

Pada September lalu, Fathia mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga awal tahun hadapan dengan jejaka pilihannya dan sudah pun membawa jejaka tersebut berjumpa dengan kedua ibu bapanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: