"Maaf saya tak tahu nak tutup rambut arwah tapi ini semua memori saya. Saya terlalu rindukan arwah. Al-fatihah buat insan yang terlalu rindu saya cintai, Allah bagi saya pinjam 16 tahun tapi saya tahu arwah tahu saya terlalu sayangkan dia dan Sky."
Demikian tulis pemp£ngaruh dan usahawan, Ridzokumura dimana dia meluahkan rasa rindu terhadap arwah isterinya, Akiko Okumura dengan memuat naik video kenangan mereka bersama.
Namun Ridzuan menerusi hantaran di media sosial turut memohon maaf kerana tidak tahu menutup aurat arwah isterinya dalam video berkenaan serta terlalu rindukan Akiko.
Selain itu, Ridzuan juga berkata, dia sudah membuat persiapan buat anaknya, Sky Taizo Okumura di masa hadapan seandainya dia pergi dahulu suatu hari nanti.
"Saya tahu arwah 100% sayangkan saya dan Sky. Saya tak kuat, kalau saya tak ada, siapa lah nak jaga Sky. Saya pun tak tahu ajal saya bila kalau saya pergi dulu, saya dah buat keputusan Sky akan balik ke Jepun bersama opahnya dan pak cik di Jepun," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment