13 March 2025

"SAL4H TETAP SAL4H, APA YANG PENTING SEMUANYA SUDAH SELESAI" - RISTEENA ENGGAN KOMEN K£S KHALW4T RUHAINIES, RANCANG TUNAI UMRAH & BERAYA DI MEKAH



"Saya tak nak komen banyak sebab apa yang keluar dari mulut saya hanya akan dikec@m dan tanggapan neg@tif. Tapi sebenarnya hanya yang tahu saja tahu apa yang berlaku, Sal@h tetap sal@h, apa yang penting semuanya sudah selesai.
Demikian kata pelakon Risteena dimana dia memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan k£s khalw@t adiknya yang juga pelakon, Ruhainies dengan penyanyi Aliff Aziz yang menjadi bualan ramai.

Ujar Risteena, dia tidak mahu meng£ruhkan lagi keadaan, apatah lagi k£s berkenaan sudah diselesaikan dengan baik serta apa saja yang diperkatakan pasti akan dikec@m.

Sementara itu, Risteena memberitahu, Ruhainies tidak membaca komen burvk, malah dia juga dilihat tenang berdepan ujian tersebut, selain berkata, mereka merancang untuk menunaikan ibadah umrah serta menyambut hari raya di Tanah Suci Mekah seperti tahun lalu.

"Ruhainies hanya bagitahu saya yang dia tak baca komen. Tak tahu pula kalau dia sedih ke apa tapi setakat ini tengok dia okay sahaja. Kami juga rancang nak tunai umrah dan beraya di sana," tuturnya.

Terdahulu, Aliff dan Ruhainies mengaku sal@h atas pertuduhan berkhalw@t dan did£nda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada 21 Februari lalu.

Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dalam kenyataan memaklumkan pasangan yang ditah@n tahun lalu itu menukar pengakuan kepada bersal@h.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: