13 March 2025

"SELALUNYA SAYA BERKAWAN DENGAN LELAKI SAJA... SEKARANG, SAYA DAPAT TUNJUKKAN SISI KEWANITAAN SAYA DENGAN KAWAN-KAWAN INI" - CIK B JELAS MAKSUD SEKUFU DARI SEGI MENT4L, BUKAN MATA WANG



"Saya dengan Qadejah memang kawan baik sekarang. Ini adalah sesuatu yang menyeronokkan sebab selalunya saya berkawan dengan lelaki saja. Sekarang, saya dapat tunjukkan sisi kewanitaan saya dengan kawan-kawan ini.

"Sekufu itu maksud saya dari segi ment@l, bukan mata wang. Dia faham industri, perniagaan dan apa kita nak buat. Kami dah ada kumpulan WhatsApp. Memang kami selalu berhubung di situ dan menyokong satu sama lain.

"Ini tahun yang seronok untuk saya sebab dapat jumpa kawan-kawan macam mereka. Insya-Allah akan kekal. Mereka faham perasaan dan isi hati saya. Begitu juga saya, faham perasaan mereka."

Klik untuk gambar besar

Itulah ujar pemp£ngaruh dan penyanyi, Cik B, 20, yang meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan tiga kawan perempuan dan dapat menonjolkan sisi kewanitaannya.

Kata Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, dia bahagia dipertemukan dengan kawan-kawannya iaitu Qadejah Aliff Syukri, Alyssa Dezek dan Ara Aziz dan inilah kepentingan untuk bersahabat dengan orang yang sekufu.

Sementara itu, Cik B yang merupakan penyanyi lagu 'Raya Gen Z' bersama tiga kawannya itu memberitahu, dia akan melanjutkan pelajaran di Eropah selepas Aidilfitri nanti.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: