30 March 2025

TERPAKSA LAHIRKAN ANAK KEDUA SECARA PEMB£DAHAN - SUAMI TUNAI KEINGINAN AIN EDRUCE MAKAN BEEF WELLINGTON DARIPADA GORDON RAMSAY



"Hi semua, Alhamdulillah saya dah berjaya bersalin, sepatutnya saya bersalin normal dah buka 10cm tapi baby masih kat atas jadi terpaksa buat emergency Czer.

Itulah kata pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang berkongsi berita gembira dimana dia selamat melahirkan anak keduanya, seorang bayi lelaki, pada Sabtu lalu di sebuah hospital swasta.

Kongsi Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce, dia terpaksa menjalani pemb£dahan Czer kec£masan selepas usaha bersalin secara normal tidak berjaya.

Dalam pada itu, Ain turut mengulas pengalaman melalui pros£dur tersebut dimana dia meluahkan rasa kagum terhadap wanita yang bersalin melalui kaedah pemb£dahan.

"Saya sangat respect dengan wanita yang buat Czer, sangat-sangat s@kit, pertama kali saya nak jalan selepas bersalin saya menangis," tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, Ain turut berkongsi, selepas bersalin, dia meminta suaminya, Amirul Hafiz menunaikan keinginan yang mahu makan hidangan istimewa daripada chef terkenal, Gordon Ramsay.

"Untuk makan pula satu benda sahaja saya mintak dekat Mirul saya nak makan Beef Wellington daripada Gordon Ramsay dan dia berjaya dapatkan. Terima kasih sayang," ujarnya.

Untuk makluman, Ain mendirikan rumah tangga bersama Amirul yang juga merupakan seorang usahawan, pada Disember 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu kini sudah dikurniakan sepasang cahaya mata dan yang sulung merupakan anak perempuan, Soraya yang kini berusia empat tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: