"Umum tahu kita pernah ada mas@lah sebelum ini dan benda itu saya anggap biasa dalam kita bersahabat. Tetapi selepas bermaafan, Alhamdulillah, hubungan kami semakin baik.
"Setiap kali balik kampung ataupun setiap kali Shahrol berada di Kuala Lumpur kalau ada masa kita akan berjumpa. Sebenarnya sebelum perjumpaan hari ini pun kami bersembang di kampung.
"Jadi saya rasa isu keserasian ini Insya-Allah saya rasa tak ada mas@lah. Benda itu sudah terpupuk pun sebelum ini."
Demikian ujar Ajak yang berkata, kem£lut yang berlaku membuatkan persahabatan dia dan Shahrol menjadi semakin matang, malah lebih baik daripada sebelumnya.
Selepas memilih untuk menamatkan 'persengk£taan' dua tahun lalu, kumpulan pelawak, Shiro itu memaklumkan hubungan mereka bertambah baik.
Sementara itu, Shahrol yang mahu membuka lembaran baharu itu yakin persahabatan yang wujud membuatkan mereka sudah mengenali tindak-tanduk masing-masing.
"Sebenarnya keserasian itu memang tidak pernah hilang sebab kami sudah lama berkawan. Kami berkawan sejak kecil lagi. Jadi, keserasian itu sudah ada. Untuk kita pupuk balik keserasian itu tak ada isu apa-apa.
"Kami sudah jumpa beberapa kali, bila kita bersembang dan berbual, bila saya tengok mata dia, dia tengok mata saya, kami sudah tahu apa yang kita nak cakap," katanya.
Dalam pada itu, Shahrol dan Ajak kini kembali bersatu dalam program terbaru hasil cetusan idea sendiri iaitu Temasya Komedi Rakyat, selepas lebih tujuh tahun membawa haluan masing-masing, .
Untuk info, Temasya Komedi Rakyat sebuah acara yang menyatukan elemen komedi, pendidikan, keusahawanan dan peniaga tempatan dengan tujuan merapatkan perpaduan rakyat serta memberi alternatif hiburan kepada masyarakat tempatan.
Acara itu memfokuskan kepada kemuncak festival, Showtime Temasya Komedi Rakyat atau Pesta Malam Muda Mudi, yang mana kumpulan Shiro bakal beraksi bersama di pentas selepas sekian lama.
Festival ini turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa bintang terkenal seperti Nasir Bilal Khan, Danial Zaini, Fikry Ibrahim dan Zulin Aziz.
Bermula Mei hingga Julai depan ia dijadualkan menjelajah empat lokasi termasuk ke negara jiran.
Terdahulu, sekitar Ogos 2022, k0nflik dalam persahabatan Shahrol dan Ajak bermula apabila mereka saling berbalas kenyataan di media sosial mengenai isu membabitkan sebuah stesen radio.
Difahamkan, hubungan mereka juga dingin sejak lima tahun sebelumnya. Bagaimanapun, hubungan antara dua anggota kumpulan Shiro ini kembali jernih dua tahun lalu, sekali gus menamatkan persengk£taan mereka sebelum ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment