"Saya sudah lama tahu hubungan mereka (Aisyah Aziz & abang ipar) dan saya hormat hubungan mereka. Selagi tiada akad, selagi itu kita tidak tahu apa yang akan jadi. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar."
Demikian tutur selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa dimana dia sudah lama mengetahui mengenai hubungan abang iparnya dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz.
Meluahkan rasa syukur segalanya berjalan dengan lancar, Neelofa berkata, dia memilih berdiam diri kerana mahu menghormati pasangan itu.
Disamping itu, Neelofa menyifatkan Aisyah seorang yang lemah lembut dan sangat ramah mesra, selain turut mendoakan pasangan itu melayari bahtera rumah tangga dengan baik.
"Aisyah seorang yang sangat lemah lembut, baik dan seorang yang tidak banyak songeh. Dia sangat mudah untuk menyesuaikan diri pada perubahan.
"Saya nampak dia seorang yang tiada banyak hal, sangat beramah mesra dan lemah lembut. Alhamdulillah, saya cuma doakan supaya mereka melayari rumah tangga dengan mudah dan baik," ujarnya.
Pada 11 April lalu, Aisyah telah selamat berkahwin dengan abang kepada PU Riz iaitu Dr. Mohd. Fakhrudin Amir Mohd Ismail di Singapura.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment